Posts

Showing posts from May, 2012

Filem Mael Lambong

Image
Filem: Mael Lambong Pengarah: Ahmad Idham Genre: Aksi, Komedi & Romantik Pelakon: Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana & Etc. Tarikh Tayangan: 21 Jun 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Mael Lambong yang merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur kerana tidak pernah makan rasuah. Hidupnya mula berubah menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri beliau daripada ditangkap oleh sekumpulan penjahat. Mael membawa Maria bersembunyi di Terengganu yang juga merupakan kampung halaman Mael. Rupa - rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri disebabkan satu kejadian silam. Di kampungnya, Mael kembali bertemu dengan bekas kekasihnya bernama Rozie yang kini telah pun bergelar tunang kepada Tiger. Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael

Filem Snow White and The Huntsman

Image
Filem: Snow White and The Huntsman Pengarah: Rupert Sanders Genre: Aksi & Pengembaraan Pelakon: Kristen Stewart, Charlize Theron, Chris Hemsworth, Sam Claflin, Sam Spruell, Ian McShane, Bob Hoskins, Ray Winstone & Etc. Tarikh Tayangan: 31 Mei 2012 Sinopsis: Filem berdasarkan lagenda Snow White ini mengisahkan Snow White yang merupakan satu - satunya gadis berhati mulia dan beliau cuba dimusnahkan oleh Ravenna iaitu seorang permaisuri yang sangat kejam. Permaisuri tersebut telah menghantar seorang pemburu(The Huntsman) yang ditugaskan untuk membunuh Snow White namun pemburu tersebut tidak berdaya untuk membunuh Snow White kerana dia menyedari gadis tersebut tidak bersalah. Akhirnya, lelaki tersebut telah melatih Snow White tentang ilmu peperangan seperti cara untuk berlawan serta taktik berperang dan ini digunakan oleh Snow White untuk menentang dan memusnahkan kembali permaisuri Ravenna yang kejam itu. Trailer: P/S : Tak Sabar Tunggu Khamis Nih! (^_^)Y

Filem Gerimis Mengundang

Image
Filem: Gerimis Mengundang Pengarah: Ahmad Idham Genre: Cinta Pelakon: Kamal Adli, Olivia Jensen, Henny, Denny Martin, Ebi Kornelis, Felix Agus, Eizlan Yusof, Cat Farish & Etc. Tarikh Tayangan: 31 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zamani yang merupakan seorang juruterbang dan berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu. Dia telah bertemu dengan seorang gadis bernama Mikha yang berasal dari Kota Jakarta. Mikha merupakan anak perempuan Pak Harjo iaitu Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sana. Pertemuan yang terjadi tanpa dirancang dan dalam keadaan salah faham itu telah membibitkan rasa kasih sayang di antara mereka berdua sewaktu Pak Harjo terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Mikha akhirnya menerima Zamani sebagai kekasih hatinya. Namun perhubungan mereka tidak kekal bahagian apabila tunang Mikha sewaktu kecil iaitu Doni telah bertemu mereka berdua di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyeba

Filem Man Sewel Datang KL

Image
Filem: Man Sewel Datang KL Pengarah: Rahman Adam Genre: Komedi Pelakon: Shuib Sepah, Julia Ziegler, Zally Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rafidah Ibrahim & Etc. Tarikh Tayangan: 31 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Osman iaitu seorang pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Man tinggal bersama Salim yang merupakan rakan sekampungnya sewaktu berada di Kuala Lumpur. Man telah berkenalan dengan Nadia iaitu seorang bekas model dan mulai jatuh cinta pada Nadia. Segala kemahuan Nadia diturutkan sehingga Man menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Akibat tiada wang maka bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man sehingga Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun dia ditipu lagi. Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama

Review Filem Dark Shadows

Image
Filem: Dark Shadows Pengarah: Tim Burton Genre: Komedi & Fantasi Pelakon: Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Helena Bonham Carter, Bella Heathcote, Chloe Grace Moretz, Gulliver McGrath & Etc. Klasifikasi: 18 Tahun Ke Atas Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem yang bermula pada tahun 1752 berlatarkan Liverpool ini mengisahkan tentang keluarga Collins dimana bapa dan ibu bersama dengan anak bongsu mereka iaitu Barnabas Collins berpindah ke Maine. Di sana mereka mula menjalankan perniagaan perikanan dan akhirnya menjadi keluarga terkaya dan paling berpengaruh di bandar tersebut yang dinamakan Collinsport. Barnabas semakin menginjak dewasa dan ketampannya telah membuatkan salah seorang pembantu rumah terbabit iaitu Angelique Bouchard jatuh cinta padanya. Namun, akibat cintanya tidak dibalas maka Angelique yang mengamalkan ilmu sihir telah menyumpah Barnabas menjadi pontianak dan telah membunuh ibu bapa serta teman wanita Barnabas. Angelique kemudiannya telah menghasut penduduk

Cik Mah : Adab Menonton Wayang

Image
Selamat bertemu kembali kepada semua pembaca blog Rollo De Pelicula nih. Wahhh! Dah berbulan rasanya Cik Mah tak menulis apa - apa dekat blog nih! Nasib lah ada juga seorang dua yang bertanya mana menghilangnya Cik Mah! Terharu Cik Mah tau u'ols! Mana tak nya sebab tak sangka Cik Mah nih ada juga peminat walaupun sorang dua! Hehehe! Nasib 2-3 hari nih Cik Mah ada masa dan sempat lah juga menaip dan email kan entry nih pada si Hans nih!! Kali nih Cik Mah nak kongsi sikit pengalaman dan pandangan Cik Mah sendiri tentang adab - adab menonton wayang sebab baru - baru nih sewaktu menonton filem di sebuah panggung Cik Mah telah mengalami satu peristiwa yang cukup - cukup menyakitkan hati. Sakit sangat hati nih dengan perangai dua orang makhluk yang tak beradab nih!! Cik Mah faham yang panggung wayang nih bukannya kem askar atau kem motivasi dan kita bebas buat apa saja yang kita nak asalkan tidak melanggar undang - undang atau hukum - hakam agama tetapi tolonglah belajar sikit cara - ca

Review Filem Hoore! Hoore!

Image
Filem: Hoore! Hoore! Pengarah: Saw Teong Hin Genre: Keluarga, Muzikal, Komedi & Romantik Pelakon: Akim AF7, Farah Nazirah, Fauziah Nawi, Kilafairy, Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Shahronizam Noor, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz, Aznil Nawawi  & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bertubuh besar bernama Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang gempal dan tidak terlalu cantik serta lurus bendul namun berhati baik. Walaupun begitu, ciri-ciri kewanitaannya tetap sama seperti gadis - gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Lana dan Azadan yang merupakan rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia manakala ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari yang dikenali sebagai seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari m

Filem Hoore! Hoore!

Image
Filem: Hoore! Hoore! Pengarah: Saw Teong Hin Genre: Romantik & Muzikal Pelakon: Akim AF7, Farah Nazirah, Fauziah Nawi, Adibah Noor Kilafairy, Harun Salim Bachik, Shahronizam Noor, Aznil Nawawi & Etc. Tarikh Tayangan: 24 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bertubuh besar bernama Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang gempal dan tidak terlalu cantik serta lurus bendul namun berhati baik. Walaupun begitu, ciri-ciri kewanitaannya tetap sama seperti gadis - gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Lana dan Azadan yang merupakan rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia manakala ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari yang dikenali sebagai seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang lagi rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rit

Filem Aku Ada, Kau Ada???

Image
Filem: Aku Ada, Kau Ada??? Pengarah: Rahila Ali Genre: Komedi, Romantik & Muzikal Pelakon: Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli & Etc. Tarikh Tayangan: 24 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua orang musuh ketat iaitu Tina dan Nordin yang sering bertembung sebagai penyanyi utama persembahan muzikal. Nordin ialah pelajar tahun ke-2 yang sentiasa mahu dirinya menjadi perhatian pelajar wanita lain namun dia seorang yang cepat gemuruh. Tina pula merupakan pelajar yang baru bertukar ke kolej yang sama dengan tempat Nordin belajar dan seorang yang agak panas baran. Walaupun mereka berdua sering bergaduh namun akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda. Trailer: P/S : Boleh Tahan Suara Sam Dan Yana Waktu Menyanyi Di Dalam Filem Nih! (^_^)Y

Review Filem City of Ember

Image
Filem: City of Ember Pengarah: Gil Kenan Genre: Pengembaraan, Fantasi & Keluarga Pelakon: Saoirse Ronan, Harry Treadaway, Toby Jones, Bill Muray & Etc. Tahun: 2008 Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini bermula dengan para saintis dan cendekiawan berkumpul dan berbincang untuk memastikan bahawa generasi manusia yang akan datang dapat terus hidup dengan selamat di bumi kerana permukaan bumi sudah tidak selamat lagi akibat dicemari dengan pelbagai kerosakan dan bakal menemui kehancuran. Mereka akhirnya telah berjaya mencipta sebuah bandar bernama Ember yang dibina ke bawah tanah serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dan generasi manusia mulai berpindah dan meneruskan hidup disitu. Rahsia tentang bandar Ember disimpan di dalam sebuah kotak yang akan terbuka secara automatik pada 200 tahun kemudian dan kotak tersebut akan dipegang oleh setiap datuk bandar Ember. Namun kotak tersebut mula diabaikan oleh datuk bandar Ember yang baru selepas bandar Ember telah pun berusia lebih dar

Review Filem Mantera

Image
Filem: Mantera Pengarah: Mohd Aliyar Al-Kutthy Genre: Fiksyen Sains & Aksi Pelakon: Shah Inderawan(Tomok), Shiqin Kamal, Kamaliya, Wael Al-Masri, Yank Kassim, Said Dashuk-Nighmatulin, Faezah Elai & Etc. Tarikh Tayangan: 17 Mei 2012 Penilaian: 4 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Azman yang telah terpilih untuk mengaktifkan sebuah prototaip yang diberi nama 'Mantera' yang boleh mengubah motosikal nya menjadi sebuah perisai badan yang canggih . Teknologi ini telah dicipta oleh seorang saintis yang bekerja untuk Weston Technologies iaitu Dr.Natasya Irina Pushkin. Bagaimanapun apabila dia sedar  rekaannya akan disalahgunakan oleh Sam Weston yang merupakan pemilik Weston Technologies untuk memusnahkan dunia maka dia bertekad untuk menggagalkan rancangan tersebut. Sementara itu Sam Weston mula meradang apabila Makmal Penyelidikan beliau diceroboh. Prototaip sistem senjata terbaru ' Mantera'( MAN - Armo

Filem Nongkrong

Image
Filem: Nongkrong Pengarah: Ismail Bob Hasim Genre: Komedi & Seram Pelakon: Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Mon Ryanti, Fyza Kader, Liana Rafiai, Zul Suphian, Azlee Jaafar & Etc. Tarikh Tayangan: 10 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini menampilkan kisah tentang tiga orang lelaki berbeza yang bernama Aman ( lakonan Angah), Bada (lakonan Sam ) dan Cumi (lakonan Epy) yang cuba mendapatkan kekayaan melalui cara yang salah iaitu dengan membeli nombor ekor. Cumi tiada wang dan sangat terdesak untuk meminang kekasihnya iaitu Lin (lakonan Nuremy ) manakala Bada dan Aman pula hanya mahu mengubah kehidupan keluarga mereka menjadi lebih baik . Ketiga-tiga orang mereka kemudian memutuskan untuk bertemu dengan seorang bomoh Melayu bagi mendapatkan nombor ekor yang mampu memberi mereka kemenangan. Bomoh tersebut kemudiannya menyeru seorang puteri laut yang canti k untuk membantu merek a namun dengan satu syarat iaitu Bada mesti menjadi pengantin k