Posts

Review Filem Mary Poppins Returns

Image
Filem: Mary Poppins Returns Penilaian: 7/10 Pengarah: Rob Marshall Genre: Pengembaraan, Keluarga, Fantasi & Muzikal Pelakon: Emily Blunt, Lin-Manuel Miranda, Ben Whishaw, Emily Mortimer, Julie Walters, Colin Firth, Angela Lansbury, Dick Van Dyke, Meryl Streep & Etc. Tarikh Tayangan: 24 Disember 2018 Pengedar: Walt Disney Pictures Sinopsis: Filem ini berlatar belakangkan tahun 1935 dimana ketika era Zaman Meleset di United Kingdom berlaku, pengasuh Mary Poppins kembali melawat Jane dan Michael Banks yang sudah dewasa. Michael juga sudah mempunyai tiga orang anak iaitu Annabel, Georgie dan John. Namun, beberapa peristiwa sedih seperti kematian ibu mereka telah menyebabkan keluarga ini tidak lagi gembira seperti dahulu. Jadi, kedatangan Mary melawat keluarga Banks ini bertujuan untuk membantu mengembalikan kebahagiaan mereka dan pada masa yang sama di dalam misi untuk menyelamatkan keluarga ini daripada satu kejadian malang. Apakah kejadian malang yang bakal menimpa keluarga Bank

Review Filem Zero

Image
Filem: Zero Penilaian: 6/10 Pengarah: Aanand L.Rai Genre: Drama & Romantik Pelakon: Shah Rukh Khan, Anushka Sharma, Katrina Kaif, Abhay Deol & Etc. Tarikh Tayangan: 21 Disember 2018 Pengedar: Nusantara Seni Karya Sdn Bhd Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang lelaki kerdil bernama Bauua Singh yang berasal dari Meerut. Dia mempunyai masalah untuk jatuh cinta serta dicintai oleh wanita. Dia kemudiannya menjalinkan hubungan dengan seorang saintis NASA bernama Aafia Bhinder yang mempunyai masalah Palsi Serebrum tanpa sengaja. Namun, pertemuan Bauua Singh dengan seorang aktres Bollywood terkenal iaitu Babita telah merubah segala-galanya. Adakah mereka bertiga terlibat di dalam cinta tiga segi? Atau adakah cinta akan memusnahkan kehidupan mereka bertiga? Saksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 21 Disember 2018 untuk mengetahui jawapannya. Ulasan: Alhamdulillah, aku telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat aku nanti-nantikan kerana pelakon

Review Filem The Spiral

Image
Filem: The Spiral Penilaian: 6/10 Pengarah: PF Wong Genre: Fiksyen Sains & Ngeri Pelakon: Siti Saleha, Peter Davis, Ben Andrew Pfeiffer, Ayez Shaukat & Etc. Tarikh Tayangan: 20 Disember 2018 Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang kehilangan seorang lelaki bernama Jon Caine yang merupakan seorang pensyarah. Selepas tiga bulan kehilangannya, dia kembali muncul tetapi dengan perwatakan yang sangat berlainan dan mula membunuh orang dengan kejam tanpa sebarang belas kasihan. Jon Caine kemudian berjaya diberkas oleh Detekif Inspektor Aleana dan dihantar ke sebuah penjara untuk penjenayah yang mempunyai masalah mental. Di sana, seorang ahli psikologi jenayah Dr. Melanie Surya ditugaskan untuk menyoal siasat Jon. Hasil siasatannya menemui banyak perkara yang mengejutkan serta menakutkan di dalam diri Jon Caine dan menjawab persoalan berkaitan perubahan sikap lelaki tersebut. Namun, disebabkan rahsian Jon Caine terbongkar menyebabkan Dr. Melani

Review Filem More Than Blue

Image
Filem: More Than Blue Penilaian: 8/10 Pengarah: Gavin Lin Genre: Drama & Romantik Pelakon: Jasper Liu, Ivy Chen, Bryan Chang Shu-Hao, Annie Chen & Etc. Tarikh Tayangan: 27 Disember 2018 Pengedar: MM2 Entertainment Sdn Bhd Sinopsis: Filem ini adalah `remake` filem Korea pada tahun 2009 dengan judul sama. Cream dan K berkawan sejak sekolah tinggi lagi. Beberapa tahun kemudian, mereka tinggal bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih. K telah disahkan mengidap leukemia tetapi dia tidak sampai hati hendak beritahu Cream, yang mana dia menaruh perasaan terhadap wanita itu, kerana bimbang akan membuatkan Cream terluka. Cream kemudian mula menjalin hubungan dengan lelaki lain dan menerima lamaran kekasihnya tanpa mengetahui apa yang disembunyikan oleh K. Saksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 27 Disember 2018 untuk mengetahui kisah seterusnya. Ulasan: Alhamdulillah, aku menerima jemputan untuk menonton filem  More Than Blue  sempena tayangan media di  m

Review Filem Bumblebee

Image
Filem: Bumblebee Penilaian: 6/10 Pengarah: Travis Knight Genre: Aksi & Pengembaraan Pelakon: Hailee Steinfeld, John Cena, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker, Dylan O'Brien, Justin Theroux, Angela Bassett, Pamela Adlon & Etc. Tarikh Tayangan: 20 Disember 2018 Pengedar: United International Pictures Sinopsis: Filem ini  berlatarkan tahun 1987 dimana seorang gadis berusia 18 tahun bernama Charlie telah terjumpa Bumblebee secara tidak sengaja yang rosak dan tersorok di sebuahkedai potong di pantai California. Dia kemudian menyedari bahawa kereta itu bukannya Volkswagen Beetle yang biasa.  Saksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 20 Disember 2018 untuk mengetahui kisah seterusnya. Ulasan: Alhamdulillah, aku berkesempatan menonton filem  Bumblebee  sempena tayangan sneak preview di TGV Cinemas Sunway Pyramid  pada tanggal  14 Disember 2018  yang lepas. Memang kerusi di dalam panggung hampir separuh penuh walaupun tayangan awal bermula pada pukul 10.45 pa

Review Filem The Wrath

Image
Filem: The Wrath Penilaian: 5/10 Pengarah: Yoo Young-Seon Genre: Seram & Misteri Pelakon: Seo Young-Hee, Son Na-Eun, Lee Tae-Ri, Park Min-Ji & Etc. Tarikh Tayangan: 6 Disember 2018 Pengedar: GSC Movies Sinopsis: Filem ini merupakan filem seram yang dibuat semula berdasarkan filem seram pada tahun 1986 dengan judul yang sama. Ia mengisahkan tentang dua wanita Joseon yang bergaduh sesama sendiri berikutan tragedi yang berlaku dalam sebuah keluarga di mana ketiga-tiga orang anak lelaki dalam keluarga itu mati pada hari perkahwinan mereka akibat terkena sumpahan yang cukup dasyat. Mereka cuba melakukan sesuatu untuk menghentikan sumpahan tersebut agar keturunan mereka dapat dikekalkan. Berjayakah mereka menghilangkan sumpahan tersebut? Saksikan filem seram ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 6 Disember 2018 untuk mengetahui kisah seterusnya. Ulasan: Aku sebenarnya memang langsung tidak bercadang untuk menonton filem seram dari Korea yang berjudul  The Wrath  ini. Namun, dis