Filem Gerimis Mengundang



Filem:
Gerimis Mengundang


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Cinta


Pelakon:
Kamal Adli, Olivia Jensen, Henny, Denny Martin,
Ebi Kornelis, Felix Agus, Eizlan Yusof, Cat Farish & Etc.


Tarikh Tayangan:
31 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zamani yang merupakan seorang juruterbang dan berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu. Dia telah bertemu dengan seorang gadis bernama Mikha yang berasal dari Kota Jakarta. Mikha merupakan anak perempuan Pak Harjo iaitu Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sana. Pertemuan yang terjadi tanpa dirancang dan dalam keadaan salah faham itu telah membibitkan rasa kasih sayang di antara mereka berdua sewaktu Pak Harjo terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Mikha akhirnya menerima Zamani sebagai kekasih hatinya. Namun perhubungan mereka tidak kekal bahagian apabila tunang Mikha sewaktu kecil iaitu Doni telah bertemu mereka berdua di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sementara itu, Mikha dan Doni telah bersetuju memutuskan perhubungan mereka di Kota Jakarta kerana mereka bedua merasakan mereka seperti adik beradik dan tidak lebih dari itu. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam nahas udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan tersebut kerana lelaki yang dicintainya iaitu Zamani telah pergi buat selama-lamanya.


Trailer:



Pandangan Hans:

Filem kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dengan jumlah kos pembikinan yang agak tinggi pastinya membuatkan ramai yang menanti hasilnya. Di kalangan negara - negara Asean tidak dapat aku nafikan apabila menyebut filem bergenre cinta maka aku lebih mengingati filem - filem dari Thailand berbanding negara - negara Asean lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura mahu pun Malaysia. Harapan aku agar filem ini tidak mengecewakan dan mampu memberi sesuatu yang baru atau pun segar kepada penonton - penonton di Malaysia. Tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi terhadap filem ini namun mungkin filem ini bakal ditonton oleh aku jika berkesempatan. Apa - apapun, semoga filem ini mampu memberi saingan kepada filem - filem lain tidak kira filem luar mahu pun filem tempatan yang lain pada 31 Mei 2012 ini. Sekian!


P/S : Kebanyakan Filem - Filem Tempatan Yang Telah Ditayangkan Pada Tahun Ini Cukup Mengecewakan Aku Namun Alhamdulillah Masih Ada Filem Yang Mampu Membuatkan Aku Tersenyum Menikmati Karyanya! (^_^)Y


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem Sarkar

Review Filem Paskal The Movie

Pada Zaman Dahulu