Review Filem City of Ember



Filem:
City of Ember


Pengarah:
Gil Kenan


Genre:
Pengembaraan, Fantasi & Keluarga


Pelakon:
Saoirse Ronan, Harry Treadaway, Toby Jones, Bill Muray & Etc.


Tahun:
2008


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini bermula dengan para saintis dan cendekiawan berkumpul dan berbincang untuk memastikan bahawa generasi manusia yang akan datang dapat terus hidup dengan selamat di bumi kerana permukaan bumi sudah tidak selamat lagi akibat dicemari dengan pelbagai kerosakan dan bakal menemui kehancuran. Mereka akhirnya telah berjaya mencipta sebuah bandar bernama Ember yang dibina ke bawah tanah serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dan generasi manusia mulai berpindah dan meneruskan hidup disitu. Rahsia tentang bandar Ember disimpan di dalam sebuah kotak yang akan terbuka secara automatik pada 200 tahun kemudian dan kotak tersebut akan dipegang oleh setiap datuk bandar Ember. Namun kotak tersebut mula diabaikan oleh datuk bandar Ember yang baru selepas bandar Ember telah pun berusia lebih daripada seratus tahun. Genap usia bandar Ember 200 tahun maka kehidupan di bandar tersebut mulai bermasalah apabila penjana kuasa yang menjana sumber tenaga bandar tersebut mulai mengalami kerosakan dan sudah tidak dapat diselamatkan. Sumber makanan pula semakin berkurangan dan terpaksa dicatu. Seorang remaja perempuan bernama Lina Mayfleet yang merupakan salah seorang daripada keturunan bekas datuk Bandar Ember telah menjumpai kotak rahsia bandar Ember di rumahnya dan dibantu oleh Doon Harrow maka mereka mula menyiasat dan mencari jalan keluar untuk keluar daripada bandar Ember. Berjayakah mereka menemui jalan keluar tersebut? Selamat menyaksikan filem City of Ember ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:




Ulasan Hans:

Filem yang diadaptasi daripada buku The City Of Ember karya Jeanne Duprau ini sememangnya mempunyai sebuah kisah yang unik dari segi imaginasi penulisnya yang tinggi serta dibantu oleh kekuatan jalan cerita dan mesej menjaga alam sekitar yang cuba disampaikan melalui kisah manusia - manusia yang tinggal di dalam bandar bernama Ember ini. Bumi tidak akan dapat bertahan lama jika pencemaran sentiasa berterusan melata di pelbagai sudut dan bagaimana akhirnya manusia mula memahami nikmat apabila alam sekitar kembali bersih berjaya diterjemahkan dengan baik di dalam filem ini.


 Teraju Utama Filem Ini - Saoirse Ronan & Harry Treadaway


Namun kisah asal bukunya pasti berbeza apabila divisualkan di dalam bentuk filem dan pastinya akan memberi sedikit kekecewaan kepada pembaca buku ini tambahan pula filem ini hanya menjurus kepada kisah watak dua orang remaja iaitu Lina Mayfleet dan Doon Harrow yang cuba mencari jalan keluar sehingga menenggelamkan watak - watak lain yang sepatutnya harus juga diberi perhatian dan lebih diperkembangkan lagi terutamanya watak antagonis Mayor Cole yang merupakan datuk bandar Ember dimana jika kisah tentang rancangan liciknya untuk melarikan diri diperkembangkan lagi pasti akan menjadikan filem ini lebih menarik dan kuat dari segi plot ceritanya. Kemunculan makhluk gergasi yang kelihatan seperti tikus secara tiba - tiba(aku pun tak tahu apa nama haiwan nih!) juga dirasakan seperti kurang memberi impak dan menimbulkan seribu satu pertanyaan tentang sejarah kehidupan haiwan tunggal tersebut di dalam bandar Ember itu. Filem ini bernasib baik kerana Saoirse Ronan dan Harry Treadaway telah berjaya menghidupkan watak Lina Mayfleet dan Doon Harrow dengan cukup baik sekali.


Bill Muray Sebagai Datuk Bandar Ember Yang Licik


Walau bagaimanapun aku menyukai set model bandar bawah tanah, skor muzik, pakaian serta sinematografi filem ini yang aku rasakan menarik dan agak mengujakan aku sebagai penonton. Ditambah dengan babak klimaks filem ini yang boleh dikatakan cukup mendebarkan namun 10 minit terakhir filem ini nampaknya kurang memberi impak terutama dari segi kesan khas dan sedikit sebanyak memusnahkan kehebatan babak klimaks yang boleh dikatakan ada kekuatanya yang tersendiri. Apa - apapun, filem ini masih menghiburkan untuk ditonton dan pada kalian yang masih belum pernah atau berkesempatan menonton filem ini maka nikmatilah pengembaraan dua orang remaja ini dalam mencari jalan keluar dari bandar Ember. Sekian!


P/S : Banyak Filem Lagi Nak Kena Tonton Nih! Hehehe! (^_^)Y


Comments

  1. Saya dah tengok movie ni. Besttt yang hidup bawah tanah tu kan. Heheh

    ReplyDelete
  2. Sarah Mohamad : ar ar..yang tu lah...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem Sarkar

Review Filem Paskal The Movie

Pada Zaman Dahulu