Posts

Showing posts from December, 2011

Seefood Filem Animasi Bahasa Inggeris Tempatan Pertama

Image
Filem: Seefood Genre: Pengembaraan Tarikh Tayangan: 8 Mac 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan warna - warni dua watak utamanya iaitu Pup dan Julius dimana Pup cuba untuk menyelamatkan berdozen telur (iaitu abang - abang dan kakak - kakaknya) yang telah dicuri oleh pemburu haram dari terumbu Pup tanpa mengambil kira tentang bahaya yang bakal dihadapinya sepanjang misi tersebut. Julius yang merupakan seekor jerung berinsang putih berhasrat untuk membantu Pup untuk menjayakan misi kawan baiknya itu dengan sut istimewanya. Jadi, sepanjang perjalanan mereka tersebut mereka telah bertemu dengan pelbagai makhluk laut yang lain seperti si penyu bernama Mertle, si sotong kurita bernama Octo dan banyak lagi di dalam pelbagai suasana sama ada suka, duka mahu pun bahaya yang selama ini tidak pernah mereka bayangkan! Saksikan filem pengembaraan penuh warna - warni ini di pawagam berhampiran anda pada bulan Mac 2012 ini. Trailer: Rujukan: http://www.seefood-themovie.com/home

Review Filem Songlap

Image
Filem: Songlap Pengarah: Effendee & Fariza Azlina Genre: Aksi & Drama Pelakon: Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Rashidi Ishak, Lisdawati, Eizlan Yusof, Nasir Jani & Etc, Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik iaitu Am dan Ad yang melibatkan diri dalam satu sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini memang jauh berbeza. Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama ini sebagai jalan pintas baginya untuk mendapatkan wang bagi memenuhi kegiatan judinya manakala Ad pula mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy. Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak akan tercapai akibat kehilangan kawan karibnya iaitu Razak akibat masalah dadah dan melihat sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusi

Filem Adnan Sempit 2

Image
Filem: Adnan Sempit 2 Pengarah: Ismail Bob Hashim Genre: Aksi & Komedi Pelakon:  Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Angah Raja Lawak, Syuk & Etc. Tarikh Tayangan: 23 Februari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan mengenai Adnan yang telah berjaya memikat hati Nadia namun perlu berusaha untuk memikat hati bapa Nadia pula iaitu Datuk Insin kerana hubungan mereka masih lagi belum mendapat restu daripada keluarga Nadia. Adnan perlu menerima cabaran yang diberikan oleh ibu bapa Nadia seperti perlu pandai bermain golf, belajar bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ibu bapa Nadia untuk beliau. Adakah Adnan akan berjaya menambat hati ibu bapa Nadia dan seterusnya mendapat restu mereka untuk memiliki Nadia? Saksikan filem ini pada bulan Februari tahun 2012 untuk mengetahui kesudahan kisah cinta mereka. Trailer: P/S : Adakah Sekuel Filem Ini Akan Mengikut Jejak Langkah Yang Sama Memperoleh Kutipan Berjuta - Juta? N

Filem Chantek

Image
Filem: Chantek Pengarah: Pierre Andre Genre: Romantik & Komedi Pelakon:  Pierre Andre, Nurul Ekasari, Kim Watt, Abon, Yu Hang, Maimon Mutalib, Man Kidal & Etc. Tarikh Tayangan: 16 Februari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang AD iaitu seorang bintang filem yang hidup dalam kemewahan dan ceria tetapi kemudiannya menjadi buta setelah dilanggar oleh sebuah kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang di hadapan mata. Gara - gara terlampau kecewa maka AD mengambil keputusan untuk memencilkan dirinya di rumah penginapan dengan dijaga oleh Chantek yang merupakan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenangkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua maka Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah namun AD sedia memaafkan Chantek kerana kejujurannya membantu memulihkan AD dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila Chantek

Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Image
Filem: Hantu Dalam Botol Kicap Pengarah: Azhari Mohd Zain Genre: Seram & Komedi Pelakon: Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mikail Andre, Maimon Mutalib, Wawa Zainal, Ruzaidi Abdul Rahman, Zila Bakarin & Etc. Tarikh Tayangan: 09 Februari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Aminah dan suaminya iaitu Hussin yang pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka iaitu Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya iaitu Nek Temah yang merupakan seorang dukun dikampungnya untuk menjaga ketiga-tiga orang anaknya itu. Pada hari pertama tiga beradik itu berada di rumah Nek Temah, mereka telah diberitahu tentang pantang larang sewaktu tinggal di rumah tersebut. Pertama ialah mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua pula mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba

Filem Sumpahan Kum Kum

Image
Filem: Sumpahan Kum Kum Pengarah: Ismail Bob Hashim Genre: Seram & Ngeri Pelakon: Fezrul Khan, Wawa Zainal, Shima Anuar, Putri Mardiana, Lydiawati, Farisha Fatin & Etc. Tarikh Tayangan: 26 Januari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mila yang memiliki wajah berjerawat dan malu dengan keadaan rupanya itu lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya. Setelah dipujuk dan dirayu maka akhirnya dukun tersebut iaitu Mak Tom memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan

Filem Bujang Terlajak

Image
Filem: Bujang Terlajak Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen Genre: Komedi Pelakon: Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Nabil, Fazura, Mustapha Kamal, Ebby Yus & Etc. Tarikh Tayangan: 19 Januari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perihal 3 orang rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang bekerja sebagai ahli silap mata profesional. Ditakdirkan mereka bertiga jatuh cinta pada seorang gadis yang sama dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian gadis bernama Puteri tersebut yang ditemui mereka ketika gadis tersebut sedang menjalani rakaman penggambaran untuk sebuah iklan sebagai model. Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mula mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta iaitu Haji Hashim. Dia diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puter

Filem Azura

Image
Filem: Azura Pengarah: Aziz M. Osman Genre: Drama & Cinta Pelakon: Neelofa, Shahz Jazle, Afdlin Shauki, Erma Fatimah, Nini Marlini, Geofrey Perrin Williams, Afida Es & Etc. Tarikh Tayangan: 2 Februari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Azura yang gigih menghadapi cabaran dalam hidup demi untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya iaitu Yusni setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min di Mekah pada tahun 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu dia juga turut mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura dan Zek lari ke London dan berkahwin di sana. Cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai cara. Saksikan filem ini di pawagam pada awal Februari 2012 ini untuk mengetahui kesudahan kisah cinta mereka berdua. Trailer: Pandangan Hans: Filem terbaru arahan Aziz M.Osman ini merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah

Review Filem Ombak Rindu

Image
Filem: Ombak Rindu Pengarah: Osman Ali Genre: Drama & Romantik Pelakon: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda bernama Hariz yang merupakan anak kepada Datuk Sufiah iaitu seorang pemilik empayar perniagaan telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanannya namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Aaron Aziz Dan Maya Karin Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang bersifat kasar dan panas baran or