Pierre Andre, Nurul Ekasari, Kim Watt, Abon, Yu Hang, Maimon Mutalib, Man Kidal & Etc.
Tarikh Tayangan:
16 Februari 2012
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang AD iaitu seorang bintang filem yang hidup dalam kemewahan dan ceria tetapi kemudiannya menjadi buta setelah dilanggar oleh sebuah kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang di hadapan mata. Gara - gara terlampau kecewa maka AD mengambil keputusan untuk memencilkan dirinya di rumah penginapan dengan dijaga oleh Chantek yang merupakan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenangkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua maka Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah namun AD sedia memaafkan Chantek kerana kejujurannya membantu memulihkan AD dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila Chantek terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya lalu dia terasa seperti diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. Chantek benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. Selama sebulan AD tidak tentu arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan Chantek. Akhirnya AD terjumpa dengan Chantek namun adakah Chantek masih sudi menerima semula cinta AD atau pun sebaliknya? Saksikan Chantek iaitu sebuah filem romantik komedi arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012 ini untuk mengetahui kesudahannya kisah cinta antara AD dan Chantek.
Trailer:
Pandangan Hans:
Nampaknya Pierre Andre kembali lagi dengan naskhah terbarunya yang bergenre Romantik Komedi selepas filem bergenre sama arahannya iaitu filem 9 September yang kurang berjaya meraih perhatian penonton seperti filem - filem bergenre seram arahannya yang lain. Jika filem 9 September dilihat seolah - olah seperti cuba mengambil gaya dan inspirasi jalan cerita daripada filem - filem Korea maka untuk filem Chantek ini pula tidak dapat dipastikan lagi sejauh mana tahap keaslian, originaliti atau pun imaginasi Pierre buat kali ini. Mengambil pelakon luar sebagai pemegang watak utama juga sebenarnya merupakan satu risiko yang besar dalam menarik perhatian penonton tempatan. Apa - apapun, segala - galanya bakal terjawab apabila filem ini sudah ditonton dan harap - harap filem Pierre kali ini adalah filem romantik komedi yang lebih segar dari segi idea serta jalan ceritanya dan diharapkan ia berjaya menambat hati penonton tempatan.
P/S : Tak Sabar Nak Menonton Filem Songlap Pada 15 Disember Ini! (^_^)Y
Filem: Chow Kit Pengarah: Dhojee Genre: Aksi Pelakon: Dira Abu Zahar, Beto Kusyairy, Namron, Yasmin Hani, Lana Nordin, & Etc. Tarikh Tayangan: 3 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar dan harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi, apabila Tika dirogol maka mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian atau lebih banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu lagi tugasan terakhir. Tetapi, apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara maka dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan atau kebebasan yang baru dikecapinya akan hilang begitu sahaja. Trailer: P/S : Harap Lebih Banyak Filem Sebegini Akan Dihasilkan Selepas Ini! (^_^)Y
Filem: KL Gangster Pengarah: Syamsul Yusof Genre: Aksi Pelakon: Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Ridzuan Hashim, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan, Adam Corrie Lee, Sheera Iskandar, Ku Fridah & Etc. Penilaian: 4 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan dua orang adik beradik yang telah lama bergelumang di dalam dunia gangster iaitu Malek dan adiknya Jai. Malek telah dipenjara selama 5 tahun ekoran dikhianati oleh kumpulannya sendiri di mana Shark iaitu anak tiri kepada King yang merupakan seorang ketua kongsi gelap paling berpengaruh di Kuala Lumpur menjadi dalangnya. Sewaktu Malek di penjara beliau berikrar ingin mengubah cara hidupnya dan tidak mahu lagi menjalani kehidupan sebagai ahli kongsi gelap namun selepas bebas beliau sentiasa diganggu oleh kumpulan Shark akibat dendam mereka terhadap Malek manakala Shark yang mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur terasa tergugat dengan pembebasan Malek. Namun King membantu Malek dan ini tidak disenangi oleh Shark yang sentiasa menimbulkan kekec...
Filem: Ombak Rindu Pengarah: Osman Ali Genre: Drama & Romantik Pelakon: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda bernama Hariz yang merupakan anak kepada Datuk Sufiah iaitu seorang pemilik empayar perniagaan telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanannya namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Aaron Aziz Dan Maya Karin Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang bersifat kasar dan panas baran or...
ermm..mcm best..mcm tak best..tgk ah nnti :)
ReplyDelete