Posts

Showing posts from November, 2011

Filem Keramat

Image
Filem: Keramat Pengarah: Azhari Mohd Zain Genre: Seram Pelakon: Zul Handyblack, Rebecca Nur, Mon Ryanti, Adey Syafrien, Putri Mardiana, Diana Amir & Etc. Tarikh Tayangan: 12 Januari 2012 Sinopsis: Filem ini dimulakan dengan babak sekitar tahun 1900 dimana seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan seorang gadis bernam Mustika. Akibat daripada kejadian tersebut, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampung diketuai oleh Jabar iaitu abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung. Maka berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat dimana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib tersebut. Dan pada zaman kini, kehidupan dua adik beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura iaitu isteri Nazmir. Sejak itu seo

Filem Sesuatu Yang Tertinggal

Image
Filem: Sesuatu Yang Tertinggal Pengarah: Asrull Hisyam Genre: Seram & Drama Pelakon: Sara Ali, Zahiril Adzim, Shera Aiyob & Etc. Tarikh Tayangan: 05 Januari 2012 Sinopsis: Filem seram ini mengisahkan tentang enam orang penghuni rumah anak yatim iaitu Arshad(16 tahun), Mona(15 tahun), Zakiah(15 tahun), Ashraf(11 tahun), Daud(10 tahun) dan Murni(9 tahun) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan baha

Filem Papa I Love You

Image
Filem: Papa I Love You Pengarah: Hashim Rejab Genre: Komedi & Drama Pelakon: Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Bob Kuman, Syanie, Zul Handyblack & Etc. Tarikh Tayangan: 29 Disember 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Baha iaitu seorang ayah yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya iaitu Mia dengan sempurna mungkin di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga beliau sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan seorang wanita bernama Elly yang sering membantu beliau untuk menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.  Datuk Kudin seorang ayah dimana pada zaman mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjaya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya iaitu Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk

Review Filem Misteri Jalan Lama

Image
Filem: Misteri Jalan Lama Pengarah: Afdlin Shauki Genre: Keluarga & Drama Pelakon: Que Haidar, Hans Isaac, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran, Sabrina Mohammed Hassan, Namron, Adam Corrie, Sobri Anuar, Afdlin Shauki, Nasir Bilal Khan, Yalal Chin, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed & Etc. Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua dunia berbeza dimana dua beradik iaitu Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian Iskandar iaitu ayah mereka. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long dan ini menyebabkan hidupnya mulai tidak aman kerana kini dia diburu oleh gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang yang misteri ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama pada 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik dan dia banyak membantu Iskandar membina kerja

Review Filem Aku Bukan Tomboy

Image
Filem: Aku Bukan Tomboy Pengarah: Syamsul Yusof Genre: Komedi & Drama Pelakon: Syamsul Yusof, Scha Al Yahya, Shaheizy Sam, Salina Saibi, Sheera & Etc. Penilaian: 7 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Farisa atau Isha yang berpewatakan tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mengubah dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Walaupun berpenampilan persis seorang lelaki namun Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan sehingga ke alam pekerjaannya sebagai seorang penghantar pizza.   Masalah mula timbul apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka iaitu Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan

Review Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn

Image
Filem: The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn Pengarah: Steven Spielberg Genre: Animasi, Aksi & Pengembaraan Pelakon(Suara): Jamie Bell, Andy Serkis, Danial Craig, Simon Pegg, Nick Frost & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Tintin yang merupakan seorang wartawan muda bersama anjingnya yang nakal iaitu Snowy. Kisah bermula sewaktu mereka berada di sebuah bandar di Eropah dimana Tintin membeli sebuah model kapal layar Unicorn dengan harga yang cukup berbaloi. Namun sewaktu beliau baru sahaja selesai membeli model kapal layar tersebut tiba - tiba terdapat dua orang lelaki iaitu Ivanovitch Sakharine dan Barnaby yang cuba tawar menawar untuk mendapatkan kapal tersebut namun Tintin tidak mahu menjualnya kerana beliau mahu menjadikan kapal tersebut sebagai koleksi peribadi. Disebabkan satu peristiwa dimana anjing Tintin iaitu Snowy bergaduh dengan kucing jirannya dan menyebabkan model kapal layar tersebut rosak. Tintin mula membuat kajian dan mene

Review Filem Abuya

Image
Filem: Abuya Pengarah: Imran Haji Ismail Genre: Drama Pelakon: Faizal Hussein, Jue Aziz, Yank Kassim, Adrea Abdullah, Khir Mohd Noor & Etc. Penilaian: 2 / 10 Sinopsis: Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang Abu Zakaria membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya. Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. Abu Zakaria telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama Markaz Khalifah dan mengelarkan dirinya sebagai Abu Ya. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berb

Senarai Penuh Pencalonan 5 Terbaik Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)

Image
Pengarah Terbaik Osman Ali – Cun! Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa Syamsul Yusof – KL Gangster Ahmad Idham – Senjakala Pelakon Lelaki Terbaik Syamsul Yusof – K.L. Gangster Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah Shaheizy Sam – Kongsi Remy Ishak – Nur Kasih Zahiril Adzim – Senjakala Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin – Cun! Siti Shahriza – Janin Tiz Zaqyah – Nur Kasih Lisa Surihani – Sekali Lagi Liyana Jasmay – Senjakala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hasnol Rahmat – Mantra Soffi Jikan – KL Gangster Khir Rahman – Merong Mahawangsa Syed Asri – Hantu Kak Limah Balik Rumah Salehuddin Abu Bakar – Hantu Bonceng Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster Faezah Elai – Cun! Fauziah Datuk Ahmad Daud – ... Dalam Botol Sherry Merlis – Janin Sabrina Ali – Khurafat Lakon Layar Terbaik Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa Syamsul Yusof – KL Gangster Syamsul Yusof – Khurafat Farid Kamil – Kongsi Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie Ce

Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Image
Filem: Suatu Malam Kubur Berasap Pengarah: Ernie Chen Genre: Komedi & Seram Pelakon: Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi, Nurul Ain, Zami Ismail, Accapan, Ruminah Sidek & Etc. Tarikh Tayangan: 22 Disember 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat di sebuah kampung bernama Kampung Angan Tak Sudah iaitu Atan, Bun, Pet serta seorang lagi sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan merupakan seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun pula seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet pula merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk iaitu samseng kampung. Mie pula seorang lelaki yang