Filem Sesuatu Yang Tertinggal



Filem:
Sesuatu Yang Tertinggal


Pengarah:
Asrull Hisyam


Genre:
Seram & Drama


Pelakon:
Sara Ali, Zahiril Adzim, Shera Aiyob & Etc.


Tarikh Tayangan:
05 Januari 2012


Sinopsis:

Filem seram ini mengisahkan tentang enam orang penghuni rumah anak yatim iaitu Arshad(16 tahun), Mona(15 tahun), Zakiah(15 tahun), Ashraf(11 tahun), Daud(10 tahun) dan Murni(9 tahun) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang misteri. Mona terus berubah sikap selepas itu. 

Bella iaitu seorang pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?


Trailer:



Pandangan Hans:

Filem yang cuma menelan kos perbelanjaan tidak sampai pun RM1 juta(hanya RM0.80 Juta) ini nampak begitu kuat dari segi pemilihan dua orang pelakon utamanya iaitu Sara Ali dan Zahiril Adzim. Sekali lagi sebuah filem tempatan mempertaruhkan genre seram untuk menarik minat dan sokongan penonton Malaysia untuk pergi menonton filem ini panggung wayang berdekatan kawasan mereka. Aku tidak pasti bagaimana hasil sebenar filem ini kerana trailer selalunya tidak dapat memberi petunjuk sesuatu filem itu betul - betul bagus atau tidak. Aku mengakui aku sangat meminati hasil lakonan pelakon Zahiril Adzim kerana beliau pandai memilih watak cuma aku sedikit risau jika watak beliau di dalam filem ini sama seperti wataknya di dalam filem Klik 3GP. Maksud aku disini dari segi kekuatan watak dimana di dalam filem Klik 3GP kekuatan watak beliau kurang ditonjolkan. Apa - apapun, sama - sama tunggu dan lihat hasil filem ini pada awal tahun depan.


P/S : Masalahnya Betul Ker FilemNih Filem Seram? Seram Tak Trailer Filem Nih? Anda Rasa? (^_^)Y

Comments

  1. ari tu borak ngan zahiril, mati2 ingatkan 'Sesuatu yang tertinggal' tu drama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem Sarkar

Review Filem Paskal The Movie

Pada Zaman Dahulu