Filem Chow Kit



Filem:
Chow Kit


Pengarah:
Dhojee


Genre:
Aksi


Pelakon:
Dira Abu Zahar, Beto Kusyairy, Namron, Yasmin Hani, Lana Nordin, & Etc.


Tarikh Tayangan:
3 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar dan harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi, apabila Tika dirogol maka mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian atau lebih banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu lagi tugasan terakhir. Tetapi, apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara maka dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan atau kebebasan yang baru dikecapinya akan hilang begitu sahaja.


Trailer:



P/S : Harap Lebih Banyak Filem Sebegini Akan Dihasilkan Selepas Ini! (^_^)Y


Comments

  1. Yap, after bunohan, chow kit is the next big film

    ReplyDelete
  2. pigidah!!! idea pun idea curi..filem terbaik konon. shoot pun guna p2 prime lens kata filem. hak tuih. artis chow kit pun belah sebb tak dpt payment. FYI kalau tak caya aku idea asal kpd citer chow kit. nak aku emailkan proposal dulu tak? siap dgn tarikh lg

    ReplyDelete
  3. Izzad : yeah..menanti tayangannya..jom tengok sekali..kuikuikui

    Sabariah Mad Dorm : sabar sabariah oii...wartawan mana yang kata filem nih filem terbaik? owh, really? wah,tak tahu plak...email lah proposal tu..nak juga tgok :-)

    ReplyDelete
  4. dahlah payment tak dapat. artis plak duk tanya "ko dah dapat payment ke? kau dah dapat payment ke? "aku pun tak dapat la" nama idea asal pun taknak masuk kat poster. ko tau tak dia offer aku 2.5k je... agak2 la filem harga ciput macam tu. yg nakemail tlg bg email add. :)

    ReplyDelete
  5. director plak bangang. dah 25 kali suh touch up treatment. pusing2 sama gak ending dia. aku nak wat citer pasal anak pelacur, tak pasal2 aku kena wat citer perompak yg konon jahat tu. lepas tu boleh kencing aku nak shoot telemovie. agak2 la.. telemovie apa shoot guna primelens. ingat aku ni jenis skripwriter yg duk umah layan internet layan blog selalu ke? aku dah 17 filem kot wat krew/ asistant director.

    ReplyDelete
  6. Sabariah : ko nih sabariah..email aku kan ada sebelah sidebar kanan tu.. :-) ...alang2 aku letak sini jer lah hanis_narnia@yahoo.com

    Sabariah lagi : 2.5k jer dia offer? sikitnya? tapi dia tak bayar lagi? wah....dasyat juga nih

    ReplyDelete
  7. owh terlupa. boleh bg email add tak yang minta tu? :)

    ReplyDelete
  8. sabariah : email add tak yang minta tu? adoi..aku tak faham la sabariah...haha2..tengah pening kepada nih...email apa pula dah?

    ReplyDelete
  9. ko tgk date je dah... fuh2, sabo sabo.... azam aku tahun ini nak belajor sabo... btw tunggu next idea skrip aku.

    ReplyDelete
  10. aku tak minta duit pun... fuh2... sabo2. azam tahun ini nak belajar byk sabor. btw tunggu next job skrip aku. tahun ni shoot. muah ha ha ha

    ReplyDelete
  11. aku cuma nak dihargai sbg idea asal je. bab bayaran bukanya aku yg tulis. tapi diorang ni masa pre pro buat macam idea tu diorang ug punya. aku bermalam kat chow kit 3 malam tau siap sembang dengan michelle (bapok chow kit) patut michele tu pun dihargai gak tau.

    ReplyDelete
  12. sabariah : tu la pasal..sebelum nih pun aku selalu dengar penulis skrip banyak dapat masalah macam mana ko bagitahu nih...waktu diorang nak skrip dari kita punya manis mulut tapi bila dapat kononnya ada ja tak kena..padahal diorang ambil n ubah sikit2 lepas tu claim skrip tu diorang yang buat...kan?

    so, skrg nih diorang ada bayar ko ker tak? diorang jemput pergi PC filem tu tak? eh, apa email fb ko? boleh aku add?

    ReplyDelete
  13. JEMPUT PC MENDE? TUP TAP2 AKU SHOOT DGN SALAH SEORANG ARTIS CHOW KIT BARULAH DIA BGTAU. AND THEN TUPTAP2 AKU JALAN KAT WAYANG DAH KUAR POSTER. NAMA AKU HARAM TAKDER LANGSUNG

    ReplyDelete
  14. Sabariah : owh...wah...kesian ko...eh,facebook ko apa? bak email aku nak add..senang sikit nak borak...

    ReplyDelete
  15. fb aku terminate. aku nak muasabah diri tanpa media internet and info internet. pape ym je.

    ReplyDelete
  16. aku takder fb sbb minta diactivate jap. aku kira ok lagi. ayam farid lagi kesian. earliest draft songlap tak best. minta ayam farid touch up balik. dia rewrite semua, nama dia sebagai pengolah pun takder. itu yang aku dgr la... belum dari mulut ayam

    ReplyDelete
  17. Sabariah : okay sabariah...nanti ko letak email ym ko dekat komen nih...senang2 nanti aku ym ko ek...apa2pun sabar tau weh... thanks again for your info :-)

    ReplyDelete
  18. Sabariah : owh..Fared Ayam pun kena ker? loh...aku suka karya Fared Ayam...nice...ada rezeki nanti boleh jumpa ko dengan dia sekali

    ReplyDelete
  19. Ada dua cerita dalam filem ni sabariah, cerita mana satu yg kau kata ni - cerita first tu rasanya pasal budak2 chow kit - cerita yg kedua tu pasal gangster orang dewasa. Yang first tu aku dengar interview diilhamkan oleh kisah benar dari rumah nur salam takkan kau nak claim karya kau. Yang second tu aku dengar diilhamkan jugak kisah benar kenalan director cina tu (aku baca dalam time out). Takda pulak pasal bapok mana nama michelle. Kau silap filem ni....

    ReplyDelete
  20. Rasanya tak ramai 'penulis skrip' yang mengaku kerja sebagai krew dan asst director. Senang aja nak tahu sapa sabariah ni. Rasanya orang dia kurus dan dikenali dalam bidang production sebagai "E***". Aku terlibat dlm prepro chow kit sebagai production assistant pd salah seorang pengarah (ada dua pengarah, dhojee dgn brando sebab ada dua cerita) masa tu ada dengar kisah mamat sabariah atau E*** ni. Memang mamat ni ada dijemput olah balik skrip cerita kedua Chow Kit (tu sebab dia dok cakap pasal perompak dan tak dapat tulis pasal anak pelacur). Tapi kena reject sebab tulisan tak bermutu dan disiplin teruk asyik menghilang. Tu yg bawak masuk shahazril hamzah dan eenaz mokhtar tulis lakonlayar. Sayang lah peluang diberi tak dihargai penulis. Tapi aku percaya karyawan2 sebalik chow kit ni tak cilok sebab dalam kenyataan akhbar pun bagi kredit 'ilham' pada penulis lakonlayar shahazril hamzah dan eenaz mokhtar - dan depa ni penulis yg aktif dgn banyak produksi dgn reputasi bagus. Lagipun aku follow interview, karyawan selalu ucap terima kasih pada raja azizan dan dr tini pengasas rumah nur salam yang beri banyak kisah benar sebagai asas cerita chow kit ni. Kat closing credit pun diberi pengiktirafan pada raja azizan. Tak payahlah fitnah orang tak tentu pasal sabariah semata2 dah kena reject. Lagi baik kau senyap sebelum orang yg lebih berkenaan tahu pasal fitnah kau ni. Aku pun malas nak bagitau especially pengarah2 filem ni... Baik akhirkan kat sini aja.

    ReplyDelete
  21. boleh tahan la cerita ni..the real story with a real script..mmg baik jugak untuk ditonton..tapi jangan menonton bersama keluarga..bahayee!

    ReplyDelete
  22. yo man. im back. husin. kau sekadar p.a. je. kau tak tau kisah betul. kisah anak pelacur is my idea. aku diarahkan untuk menulis cerita brando. aku taknak dan terpaksa menulis atas terpaksa. brando plak nak aku wat treatment la, nak aku wat sinopsis la keseluruhan sampai 18 kali. padahal kisah anak pelacur tu aku yg nak tulis. well, here's the damn truth. kalau kau tahu nak shoot pakai p2 guna prime lens? apasal rate kitaorang harga tele? the best part is apasal aku wat idea kisah anak pelacur perlu tulis kisah perompak tu? aku claim idea asal kat poster. bukanya nak payment skrip. faham p.a? engta aku tak tau kimwah blah dari set sebab korang bayar dia 500 je? bagi korang skrip aku tak bermutu? bagi produser lain aku ok je, siap this year ada wat film lagi apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well good for you then. How did your film do? Pecah panggung kot?

      Delete
  23. kalau kau faham bahasa melayu tolong fahami maksud "aku claim idea asal sahaja dan aku ada hak untuk menulis citer aku sendiri. bukanya aku wat sinopsis and then kena tulis citer lain. faham tak production assistant?

    ReplyDelete
  24. shahazril hamzah aku kenal la... kak lira.. dia pun tau aku penulis. faham tak production assistant?

    ReplyDelete
  25. well, ini kisahnya. aku takder job dia contact aku suh buat skrip pasal bertemakan chow kit. so kisah pasal rompakan dah ada bukan idea aku. dia nak jadikan kisah lagi satu pasal salena pasal pelacur. and nak establish"kenapa asal chow kit je perlu establish pelacur? dadah? kenapa tak anak jalanan?" so aku bermalam di chow kit. rombak idea dan siap. keesokan harinya dia kata nak suruh enaz wat citer pasal anak pelacur itu. sebabnya konon nak soul touch seorang perempuan. tapi aku diarahkan utk buat kisah perompak itu. dgn brando. masaalah dengan brando, dia nak aku rombak citer yang sama sampai 18 kali. skrip belum siap kenapa kau dah komplen? so aku rombak2 sampailah diorang belah macam tu je. about kak lira. aku sekali call je. the best part is one of the actor cakap and citer kat aku. kenapa diaorang tanya aku kalau kononnya dah tau aku tak pandai menulis?? FYI, satu set kenal aku dan pernah shoot citer aku. disini aku bukanya aku tak puas hati pasal enaz menulis ke apa. aku siap jumpa enaz apa. aku yg tak puas hati pasal aku tidak dihargai sebagai penulis asal. engkau sebagai production assistant apa yang kau tau semasa idea ini dirombak? masa kami tengah bincang skrip pun nama kau belum listed lagi sebagai krew. itulah hakikatnya. bab fitnah no hal. hanya ALllah S.W.T sahaja yg menjadi saksi dan keseluruh warga uitm tahu hal aku yg buat idea ini. lecturer diorang roomate aku dan diorang juga bagi tambah tokok idea pasal kisah bebudak ini. so kalau engkau yang berwarganegara Malaysia yang ambil subjek B.M selama 11 tahun. tolong fahami maksud ini. "aku nak claim idea asal, bukanya penulis film" (filem la konon. shoot pakai kamera p2 guna memori lepas bajet kat krew harga telemovie, kalau kamera betul pakai negatif 24fps arri atau panaalta, itu pun kalau kau tahu laaa...) btw aku epul. tak payah nak sembunyi2 nama aku. kau bangang sangat ke orang tak tau sekali klik kat detail blog je nama aku dah establish? kalau kau tak caya kau bg email kau aku akan forward forwarded email aku kat dia. tarikh tu sebelum enaz wat skrip lagi. sorri enaz. no offense. u did a great job. i just wanna claim my idea asal

    ReplyDelete
  26. minta maaf. aku tadi termarah sekeitka. dah bercanggah dengan azam tahun ini untuk mengelakkan panas baran. cuma aku minta korang semua renung kan. bagaimana gaya penulisan aku boleh dikira buruk jika skrip pun aku belum buat? sama sperti satu lukisan itu comot padahal pelukis itu pun belum melukis. aku cuma tidak puas hati idea asal aku sahaja. kepada production assistant. aku mohon maaf terlanjur bahasa dan mengharap kau faham bahasa malaysia next time. aku memohon hak idea asal dan hakikatnya kau boleh tanya enaz adakah dia pernah lihat 1st draft filem chow kit? tidak. 1st draft adalah hasil tanganya. tetapi ideanya adalah hak aku.

    ReplyDelete
  27. Sabariah Mad Dorm : saya faham perasaan kamu :-)

    ReplyDelete
  28. Sedap aja kau hina aku sebagai 'production asst aja'. Walaupun aku jawatan rendah tapi aku follow perbincangan diorang sebab aku ambil nota, printout draf, fotostet setiap versi yg masuk.

    Kisah asal tu milik budak2 chow kit sebenar bukan ko atau sesapa yg lain. Abg raja azizan dgn dr tini ceritakan kes-kes rumah nur salam pada penulis2, produser2 dan pengarah2. Aku yg ko hina ni pun ado skali duduk belakang2 dgr diorang check fakta dan kaji latarbelakang watak sebenar dgn pegawai nursalam. Aku tahu ada byk lagi watak kisah sebenar diorang tak masukkan sebab tak dpt muat satu filem (aku harap diorang trus tak buat la sbb kalu boleh aku pun teringin nak guna utk skrip aku sendiri - ko jgn mengada2 plak claim idea ko ok :-). Yg ko bangang tido sorang2 kat chow kit cari ilham tu kenapa? Tak masuk akal.

    Dah kena reject tu belajar je lah dari pengalaman ini nak fitnah orang.
    Kalu takdir aku jadi production assist sama projek dgn kau ~ siap la aku ludahkan kopi ko nanti.

    ReplyDelete
  29. Sabariah... epul ... watever... so, production house ni panggil ko buat citer pasal chow kit, bukan ke maksudnye tu idea asal dtg dari diorg? Aku rasa ko paham la maksud aku memandangkan ko belajar bm sampai 11 tahun. Btw shahazril tu adalah lelaki. Xyah la nak fitnah orang. Diorg rasa citer ko x best tapi kalo ko rasa cukup hebat, ko buat aa citer yg lg best. Ko jugak yg famous, ko jugak yg dpt payment. Kecoh2 kt sini ape ko dpt

    ReplyDelete
  30. I'm sorry [sabariah] but this argument is becoming ridiculous. I am very familiar with the whole production process for the film & i know for a fact that it was an original idea first conceived by rosihan zain, n that was years ago. They called in other script writers like eenaz n shahazril hamzah (who is in fact NOT kak lira, who is shazlira hamzah, you confused 2 different people) and split the story into 2 parts, separately directed by rosihan brando. Uncle usin is right, they did have several revisions with Raja azizan n dr tini regarding d characters n storyline.

    I know that payment was a little delayed, but everyone has received payment + bonus for the 'movie', which was part of a low-budget supertele/film project which was running in GB at the time. Other titles that were under this low-budget project were Penunggu n Sesuatu Yang
    Tertinggal.
    And i am absolutely positive that they paid you a cancellation fee after part of your services.

    I understand ur concern as a scriptwriter taking care of your rights, but in this situation it seems that you have been grossly mistaken. The credit was given to the correct people. Since you will not listen to a meagre 'production assistant', then i hope you will take my view as a staff of GB into consideration. And i was not just making coffees at the time.

    Btw, nice to see old crew in here..see you guys next job :)

    -sincerely,
    Not a production assistant
    (Tq for the good coffees, uncle usin)

    ReplyDelete
  31. Aku p.a cerita ni jugak...kesian kami dihina kat sini :( tapi production team chow kit best ooooo ... Mmg fun filer kerja walaupun gaji xdelah lumayan :)

    ReplyDelete
  32. Dgr ada org hutang director ... dah bayor ke belum? ;p ....

    ReplyDelete
  33. telemovie apa shoot guna p2 dgn primelens?
    Puteri Plastik (2009) astro ria.

    series apa guna p2 dgn primelens? Lima (2008) (12ep) astro ria.

    super series apa yg guna p2 dgn primelens?
    Warkah Terakhir (2009)

    Low-budget (a la indie) film apa shoot guna p2 dgn primelens?
    Klip 3gp (2011)
    Penunggu Istana (2011)
    Sesuatu Yang Tertinggal (2012)
    Chow Kit (2012)

    but to name a few.

    ReplyDelete
  34. Ko nampak tu sabariah - diorang kata kopi aku best! Jgn jeles... Huhu.

    ReplyDelete
  35. Ko nampak tu sabariah - diorang kata kopi aku best! Jgn jeles... Huhu.

    -saya x sure sapa akak/abg yg puji kopi saya masa produksi chowkit tu, tapi timakaceh :-)

    ReplyDelete
  36. aha, baru gak pas tengok cite ni..kira bagus gak la cite camni nak banding filem komedi2 ringan lain...

    terasa berbaloi gak tengok...

    jemput baca review di Kakiwayang.com dan share pandangan anda tentang filem ni ye...=)

    ReplyDelete
  37. bergaduh la pulak. sabar je la yg PF bole kata. BTW Chow Kit best apa.. good job!

    ReplyDelete
  38. hmm. actually i was at the mamak table with rosihan zain a.k.a dhogiee when he was conceiving the idea for a film solely based on chow kit kids...actually the original first idea was more brutal... kat madina mutiara damansara.. haha.. he was really into larry clark's 'kids'...so dia nk wat our version lah... and that was 2008 kot..

    ReplyDelete
  39. harmony korine8 May 2012 at 22:46

    cis selamba je cilok idea gua!

    ReplyDelete
  40. oi idea asal CHOW KIT ni dari bapak dia la!!!!

    cuba google wikipedia nih...

    http://en.wikipedia.org/wiki/Chow_Kit

    bapak mr LOKE CHOW KIT ni tak pernah berniat pun nak buat filem sempena nama anak dia...

    lorong2 kat CHOW KIT tu pun yang hitam dan putih tu pun melambangkan bagaimana kehidupan seseorang manusia tu semasa zaman hidupnya...ini aku bagi contoh...

    1. LORONG HAJI TAIB - mungkin masa hidup dia suka merapu dgn hamba2 yg bukan perempuan

    2. JALAN TUN RAZAK - walaupun idupnya lurus aje tapi selalu jem...sebab dok pikiaq caner nak bangunkan Malaysia....

    3. JLN P RAMLEE dan Lorongnya sekali - Masa hidup dia sukakan hiburan so jalan sempena nama dia banyak lah pusat hiburan

    4. CHOW KIT - bisnes banyak - tapi ada banyak jenis bisnes

    aku cuma buat pemerhatian dari inisiatif otak sendiri...ini idea asal jugak ke?

    ok...diclaimer: sesiapa yg terasa aku mintak maaf tapi ini apa yg lahir dari otak aku aje tiada terlintas untuk mengutuk sesiapa...tapi cuba fikir rangkap ini

    "MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA"

    jadi kalau siapa2 nak nama idea asal ke...idea mak bapak ke....idea jiran sebelah ke...semuanya gantung pada niat dan tindak tanduk sendiri...kalau tuhan dah cakap bukan rezeki ko...bukan lah...nak wat caner...redha dan move on with ur life man! find other things to do wthr its good or bad..

    owner blog: ko approved je nukilan aku ni...TQ

    ReplyDelete
  41. ada orang komen kat Kakiwayang.com :

    x best mcm songlap in every aspect. acting quality, storyline, flow, smue lah.. bit disappointed.. pegi tngok sbb expect cite ni best mcm songlap, or at least kalau x se’best’ songlap, dekat2 ok la, tp mmg jauh beza.. maybe they can try harder in the future'..

    haha, xtau la...seb bek aq dengan dramatic durian cam puji filem ni... or maybe ada benda yang kitorang tak tahu?..wahaha...

    ReplyDelete
  42. Bersetuju dengan PerangFilem.
    Kami dah tengok filem ni.
    Overall ok la untuk sebuah filem.

    Dan dah review pun sekali :
    http://www.kakiwayang.com/filem-2012/chow-kit-filem-18-yang-sememangnya-berani.html

    ReplyDelete
  43. jimmy lighter kriket18 May 2012 at 21:03

    Aku kenal sorang dlm production chow kit. Filem ni low bajet sbb penerbit tak berani keluar bajet besar utk cerita camni. Tapi diorang buat jugak sbb nak keluarkan kisah bebudak tu. So aku rasa kita kena agak-agak nak bandingkan dgn filem lain yg bajet biasa. aku dah tgk songlap dan banding dgn chow kit ia adalah berbeza. Ada scene2 chow kit yg aku rasa sgt baik walaupun kekurangan dr segi lain.

    ReplyDelete
  44. puas la jugak cari full synopsis filem chow kit ni. klik klik scroll scroll terbaca lah conversation bro sis kat atas ni. truth to be said, im not used to watch malay dramas or films, however, this film really brought a huge impact on me. seriously it was really touched as in, this film showed the hidden truth about the chow kit kids. although ppl knew there were some ppl out there in kl had very tragic lives out there, but if you watch this film, u could feel how they feel n see what they're going through to live life in the challenging city with so many flaws

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem Sarkar

Review Filem Paskal The Movie

Pada Zaman Dahulu