Filem Suatu Malam Kubur Berasap



Filem:
Suatu Malam Kubur Berasap


Pengarah:
Ernie Chen


Genre:
Komedi & Seram


Pelakon:
Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi,
Nurul Ain, Zami Ismail, Accapan, Ruminah Sidek & Etc.


Tarikh Tayangan:
22 Disember 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat di sebuah kampung bernama Kampung Angan Tak Sudah iaitu Atan, Bun, Pet serta seorang lagi sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan merupakan seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun pula seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet pula merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk iaitu samseng kampung. Mie pula seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda pada 22 Disember 2011.


Trailer:



P/S : Adakah Filem Bergenre Seram Komedi Ini Mampu Mencapai Tahap Box Office Seperti Filem Yang Sealiran Dengannya? Sama - Sama Nantikan! (^_^)Y


Comments

  1. filem komedi mmg selalu dapat tempat kat msia ni

    ReplyDelete
  2. Bro Phat : ar ar..tu la pasal..tapi aku dah bosan la dengan filem2 komedi yang stereotaip nih..filem nih tak tahu la macam mana

    ReplyDelete
  3. tula..tp filem ni tgk trailer dia cm seram and klaka je..cm beh utk ditgk..and tgk kt website dia stiap sorg ade character masing2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem Sarkar

Review Filem Paskal The Movie

Pada Zaman Dahulu