Posts

Showing posts from July, 2011

Review Filem Flat 3A

Image
Filem: Flat 3A Pengarah: Azhari Mohd Zain Genre: Seram Pelakon: Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Syazana Firas, Zaidi Omar, Khaty Azean & Etc. Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Fiqah iaitu seorang gadis kilang yang menyedari bahawa beliau telah mengandung hasil hubungannya dengan Anas. Beliau memberitahu hal tersebut kepada Anas selepas usia kandungannya mencapai 4 bulan dan ini membuatkan Anas marah lalu memukul dan memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya. Fiqah terpaksa menggugurkan juga kandungannya dengan menelan pil yang diberi oleh Anas. Fiqah kemudian menyertai Ratna berpindah ke sebuah flat murah bersamanya. Tanpa diketahui Fiqah, rumah yang mereka sewa itu sebenarnya adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang ditakuti oleh penduduk sekitar kerana mengamalkan ilmu hitam. Dalam waktu yang sama juga, kawasan flat tersebut kecoh dengan kehilangan kanak - kanak perempuan bernama Fatin. Ibu Fatin mengalami tek

Review Filem Tolong Awek Aku Pontianak

Image
Filem: Tolong Awek Aku Pontianak Pengarah: James Lee Genre: Komedi Seram Pelakon: Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay,Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri. Penilaian: 4 / 5 Sinopsis: Filem komedi seram ini mengisahkan tentang Bob iaitu seorang pemuda yang berperwatakan lurus dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan namun kerana kebaikannya maka Faizal iaitu ketua unit mereka selalu mengambil kesempatan dengan mencuri idea - idea hebat Bob. Disebabkan hal tersebut Bob tidak berpeluang untuk dinaikkan pangkat dan ini membuatkan Ina iaitu teman wanitanya mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka kerana sudah menunggu lebih 3 tahun untuk Bob dinaikkan pangkat. Selepas perpisahan tersebut, Bob mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah apartment murah bersama kawannya iaitu Pian. Mereka berdua sebenarnya tida

Filem Libas

Image
Filem: Libas Pengarah: Jurey Latiff Rosli Genre: Aksi Komedi Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Mohd Fadzly, Mohd Razib, Z.Zamrie, Taiyuddin Bakar, Adam Corrie, Yank Kassim, Sabri Yunus, Sathiya, Johan Abdullah & Etc. Tarikh Tayangan: 29 September 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Adnan Saladin iaitu seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw. Dia digelar sebagai raja libas Malaysia dan kehebatan libasan beliau sangat digeruni oleh pasukan lawan terutamanya dari pasukan Thailand. Kecederaan yang berlaku mengakibatkan tekong Malaysia iaitu Dali parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia telah tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna. Raja Libas resah apabila mengetahui Mr. Wilso

Review Filem Suck Seed

Image
Filem: Suck Seed Pengarah: Chayanop Boonprakob Genre:  Komedi & Muzikal Pelakon:  Jirayu La-Ongmanee, Natcha Nuanjam, Pashorn Jiratiwat, Thawat Pornrattanaprasert & Etc. Penilaian: 4 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang 3 orang pelajar lelaki sekolah tinggi iaitu Ped, Khung dan X yang mahu membentuk sebuah band muzik walaupun hakikatnya mereka langsung tidak berbakat da lam bidang muzik . Niat utama mereka sebenarnya adalah untuk menarik perhatian pelajar perempuan di sekolah mereka. Tetapi , segala - segalanya berubah apabila Earn iaitu seorang pelajar perempuan yang cantik yang baru bertukar ke sekolah terbabit dijumpai oleh mereka bertiga. Sebenarnya, sewaktu zaman kanak - kanak dahulu Ped dan Khung mempunyai sejarah silam dengan Earn sebelum Earn berpindah ke Bangkok. Khung menggajak Earn menyertai kumpulan mereka sebagai gitaris dan menaruh hati terhadap Earn. Dalam masa yang sama Ped yang sejak dari kanak - kanak lagi mencintai Earn dalam dia

Filem Bini - Biniku Gangster

Image
Filem: Bini - Biniku Gangster Pengarah: Ismail Bob Hashim Genre: Aksi Komedi Tarikh Tayangan: 22 September 2011 Pelakon:  Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Zul Handyblack & Etc. Sinopsis: Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan

Filem Raya Tak Jadi

Image
(Bukan Poster Sebenar) Filem: Raya Tak Jadi Pengarah: Prof. Madya A. Razak Mohaideen Genre: Komedi Tarikh Tayangan: 15 September 2011 Pelakon: Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Mak Jah, Jalaluddin Hassan, Wan Sharmila & Etc. Sinopsis: Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada penghujung Ramadhan, dua adik beradik telah menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi mereka. Selepas menyedari yang lelaki itu adalah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, kedua-dua adik beradik ini perlu memberanikan diri dan mengatasi penculik tersebut sebelum keluarga mereka dianiaya. Trailer: Pandangan Hans: Filem ini sebenarnya menyasarkan kekuatan dan pengaruh besar daripada dua tunjang utama filem ini iaitu Saiful Apek serta Johan yang sememangnya diketahui mempunyai jumlah peminat yang ramai. Selalunya, filem - filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen ini bermain pada plot yang sama dan kebanyakkan pengkritik atau pengulas pasti akan me

Filem Karipap - Karipap Cinta

Image
Filem: Karipap - Karipap Cinta Pengarah: Othman Hafsham Genre: Komedi Romantik Pelakon: Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Shawal AF, Eman Manan, Elyas Iskandar, P.Jagen, Shamira Azmil, Afizudin Fazil, Rosnah Johari, Patrick Teoh, Chef Wan. Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah jatuh hati pada Sarah iaitu rakan sekerja teman serumahnya. Cuba untuk memikat Sarah, niat Ali sedikit terbantut apabila rakan serumahnya memberitahu Sarah merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Al-Azhar dan keluarganya juga bercadang untuk menjodohkan Sarah dengan seora ng ustaz. Ali kemudiannya terpaksa menipu Sarah dan keluarganya dengan mengaku dirinya juga bekas graduan Al-Azhar demi cintanya pada Sarah. Ali juga sanggup berkorban dengan memecah masuk rumah dan pejabat bosnya sendiri dibantu oleh tiga orang rakan karibnya untuk merampas kembali dokumen yang diambil oleh bosnya dalam misi menjatuhkan maruah ayah Sarah. Na

Filem Hantu Bonceng

Image
Filem: Hantu Bonceng Pengarah: Ahmad Idham Genre: Komedi Seram Pelakon: Zizan Raja Lawak, Julianna Evans, Taiyuddin Bakar, Jue Aziz & Etc. Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2011 Sinopsis: Filem Hantu Bonceng mengisahkan tentang Amran iaitu seorang mat despatch yang sering terlibat dalam perlumbaan haram. Suatu hari, Amran memenangi satu perlumbaan dan beliau diberikan seorang gadis yang cantik sebagai hadiahnya. Namun Amran terlibat dengan sebuah kemalangan bersama gadis itu gara - gara dilanggar dengan sebuah lori. Kejadian itu menyebabkan gadis itu mati di tempat kejadian manakala Amran telah dibawa ke hospital. Gara - gara insiden itu kehidupan Amran terus berubah secara drastik kerana gadis yang mati itu telah menjelma sebagai hantu dan menggangu hidupnya setiap malam. Disebabkan sudah tidak tahan lagi diganggu maka Amran meminta bantuan rakannya iaitu Kunyit untuk membantu beliau menyelesaikan masalah ini. Trailer: Pandangan Hans: Pengarah filem di Malaysia selalunya akan berebut -

Filem Geng Pisang

Image
Filem: Geng Pisang Pengarah: Wan Azli Wan Jusoh Penulis Skrip: Wanji Asmadi Genre: Aksi Dan Drama Kemungkinan Barisan Pelakon:  Khairil Ridzuan, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Linda Hashim, Bront Palarae, Khir Rahman, Wanji Aswandi, Ronasina & Etc. Tarikh Tayangan: Belum Dipastikan Lagi Sinopsis: Perjalanan hidup Madi sebagai seorang pembunuh sulit bagi sebuah kumpulan bergelar 'GENG PISANG', sangat menagih sebuah pengorbanan dan pertaruhan nyawa. Bermula dari mempertahankan kawasan jagaan mereka, Madi telah melakukan beberapa pembunuhan yang mengakibatkan pertembungan di antara kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kesetiaan, pengorbanan, pembelotan dan pertumpahan darah pun terjadi. Apakah kesudahan mereka yang hidup digelanggang pertaruhan nyawa ini? Sumber :  Facebook Filem : Geng Pisang

Review Drama Bersiri Juvana

Image
Drama: Juvana Pengarah: Faisal Ishak Penulis Skrip: Alfie Palermo Pelakon: Zahiril Adzim, Bront Palarae, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata & Etc. Jumlah Episod: 13 Siaran: TV3 Penilaian: 5 / 5 Sinopsis: Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Daim terpaksa menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya namun nasib menyebelahinya apabila salah seoran

Review Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2

Image
Filem: Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 Pengarah: David Yates Genre: Aksi, Pengembaraan & Fantasi Pelakon: Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes, Tom Felton, Helena Bonham Carter, Alan Rickman & Etc. Penilaian: 5 / 5 Sinopsis: Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 ini akan menunjukkan bagaimana Harry, Ron dan Hermione kembali ke Hogwarts untuk mencari dan memusnahkan saki baki artifak horcruxes bagi mengurangkan kuasa Voldemort daripada bertambah kuat. Namun apabila Voldemort menyedari tentang hal ini maka beliau telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi dan memusnahkan Hogwarts lalu berlakulah sebuah peperangan besar yang mana mereka sedar kehidupan mereka tidak akan sama seperti dahulu lagi. Kebanyakan rahsia telah terbongkar iaitu rahsia yang melibatkan Profesor Snape dengan Dumbledore yang memang mengejutkan ramai pihak. Jadi, mampukan pihak Hogwarts bertahan daripada serangan bala tentera Voldermort atau sebalikny