Posts

Showing posts from April, 2012

Review Filem Berani Punya Budak

Image
Filem: Berani Punya Budak Pengarah: Afdlin Shauki Genre: Aksi & Komedi Pelakon: Afdlin Shauki, Pairote Boongerd, Johan Raja Lawak, Adlin Aman Ramlie, Awie, Sharifah Sofea, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimi, Supakson Chaimongkon, Sahaschai Chumrum & Etc. Penilaian: 5.5 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Shuhami Abdullah atau Tong yang baru sahaja tiba di lapangan terbang namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol serta disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster di Thailand. Jadi, Shuhaimi telah menceritakan mengenai kehidupan adik iparnya bernama Pairot yang kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara. Dia menguruskan restoran bersama Tong. Namun pada suatu hari Pairot telah mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pem

Filem Chow Kit

Image
Filem: Chow Kit Pengarah: Dhojee Genre: Aksi Pelakon: Dira Abu Zahar, Beto Kusyairy, Namron, Yasmin Hani, Lana Nordin, & Etc. Tarikh Tayangan: 3 Mei 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar dan harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi, apabila Tika dirogol maka mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian atau lebih banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu lagi tugasan terakhir. Tetapi, apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara maka dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan atau kebebasan yang baru dikecapinya akan hilang begitu sahaja. Trailer: P/S : Harap Lebih Banyak Filem Sebegini Akan Dihasilkan Selepas Ini! (^_^)Y

Review Filem Black Gold

Image
Filem: Black Gold Pengarah: Jean-Jacques Annaud Genre: Drama & Keluarga Pelakon: Tahar Rahim, Freida Pinto, Mark Strong, Antonio Banderas, Riz Ahmed, Liya Kebede, Corey Johnson, Jamal Awar & Etc. Penilaian: 8 / 10 Tahun: 2011 Sinopsis: Pada awal abad ke-20, dua orang pemimpin di benua Arab (Arab Saudi) iaitu Emir Nesib (ketua Hobeika) serta Sultan Amar (Sultan Salmaah) bertelagah dan akhirnya kemenangan memihat kepada  Emir Nesib lalu dia telah meletakkan beberapa syarat kepada lawannya yang telah kalah iaitu Sultan Amar . Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menuntut sebuah kawasan tanah   yang dipanggil The Yellow Belt . Sebagai balasannya maka Sultan Amar telah menyerahkan kepada Emir Nesib dua orang anak lelakinya yang juga merupakan waris kerajaan Salmaah iaitu Putera Saleeh Amar dan Putera Auda sebagai jaminan bahawa pihaknya dan pihak Emir Nesib tidak akan menceroboh tempat tersebut . Dua belas tahun kemudian , Putera Saleeh dan Putera Auda tel

Filem Uncle Usin

Image
Filem: Uncle Usin Pengarah: Husri Husain Genre: Komedi & Aksi Pelakon: Zizan, Johan, Nabil & Etc. Tarikh Tayangan: 19 April 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki dengan kod nama Spy 13 diiktiraf sebagai seorang detektif peribadi yang serba boleh dan handal menyelesaikan pelbagai kes mencabar. Dia dianugerahkan pelbagai kelebihan untuk membantu misi penyamarannya. Apabila Spy 13 ditugaskan untuk menyelesaikan misteri yang disimpan oleh bapanya sendiri maka dia perlahan - lahan membongkar kegiatan jahat itu yang memaksanya mengembara ke seluruh negara. Dia akhirnya bertemu dengan abangnya yang merupakan seorang guru. Misteri yang cuba didedahkan adalah mengenai identiti seseorang yang dikenali sebagai Uncle Usin. Berjayakah misteri ini diselesaikan? Saksikan di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya. Trailer: Melihat pada penampilan fizikal Johan Raja Lawak di dalam filem ini membuktikan bahawa filem ini sudah lama siap dan terpaksa menun

Review Filem Jidin Sengal

Image
Filem: Jidin Sengal Pengarah: Esmi Zahara Genre: Komedi Pelakon: Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Jue Aziz, Zac Diamond, Faezah Elai & Etc. Penilaian: 3 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Jidin dan Bob Dobot yang merupakan dua orang sahabat yang bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal pada suatu hari nanti. Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak hendak pergi ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Di sana Jidin telah bertemu dengan Bob Dobot iaitu seorang pelakon ekstra tetapi berjiwa pela kon utama. Bob memiliki keyakinan yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang langsung tidak serupa dengan Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero atau paling tidak sebagai pelakon pembantu berdialog pada suatu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot mula berkawan baik dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya.

Review Filem The Incite Mill

Image
Filem: The Incite Mill Pengarah: Hideo Nakata Genre: Seram, Misteri & Thriller Pelakon: Tatsuya Fujiwara, Kin'ya Kitaoji, Nagisa Katahira, Shinji Takeda, Masanori Ishii, Tsuyoshi Abe, Aya Hirayama, Haruka Ayase & Etc. Tahun Tayangan: 2010 Klasifikasi: Untuk 18 Tahun Ke Atas Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang 10 orang manusia yang berlainan latar belakang dan juga umur yang menyertai sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Pada mulanya mereka menyangka ia hanyalah sekadar sebuah pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan namun rupa - rupanya kesemua mereka telah dijadikan sebagai peserta pertandingan realiti selama 7 hari dan menjadi tontonan seluruh dunia tanpa disedari mereka. Hanya seorang sahaja yang akan memenangi ganjaran wang yang dijanjikan dan salah seorang daripada mereka ialah pembunuh. Jadi, mereka semua perlu berhati - hati dan masing - masing mengesyaki antara satu sama lain. Setiap orang dibekalkan satu senjata y

Filem Untuk Tiga Hari

Image
Filem: Untuk Tiga Hari Pengarah: Afdlin Shauki Genre: Drama & Romantik Pelakon: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah & Etc. Tarikh Tayangan: 12 April 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mengambil keputusan untuk bercerai setelah tiga hari berkahwin semata - mata menjaga hati keluarga masing - masing. Namun, takdir menentukan segala - galanya apabila mereka serasi untuk hidup bersama. Hans Berkata: Filem Untuk Tiga Hari yang diadaptasi daripada novel terkenal penulis popular tanah air iaitu Ahadiat Akashah ini akan mula ditayangkan pada minggu ini di pawagam - pawagam tempatan. Kelihatannya promosi serta publisiti untuk filem ini sama ada di televisyen mahu pun akhbar sangat kurang namun filem ini pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri kerana selalunya filem - filem yang diadaptasi daripada novel mempunyai kelebihan atau keistimewaan yang tertentu sama ada dari segi jalan cerita mahu pun sokongan daripada pembaca asal novel ter

Cik Mah : Apabila Hantu Dievolusikan

Image
Assalammualaikum pada semua pembaca! Maaf lah Cik Mah sibuk sikit 2-3 menjak nih. Bukan sibuk dengan keluarga ke anak ker sebab Cik Mah masih anak dara gitu! Kali nih Cik Mah nak kongsi sikit lah pasal kisah hantu - hantu nih dengan pembaca blog Rollo De Pelicula. Sekarang nih bila malam jumaat jer mesti ada kisah seram yang ditayang dekat stesen tv! Cik Mah nih sebab sejak azali suka tengok drama seram jadi Cik Mah pun layan kan jer lah drama bersiri Amukan Pocong pukul 10 malam tadi. Amboi! Cik Mah tak tau nak rasa seram ker nak gelak ker tapi rasa - rasa macam dua-dua pun ada! Cik Mah nih dah lah bujang!!! Duduk pula sorang - sorang! Sepi gitu! Tiba - tiba tengok pula cerita pocong nih membunuh anak dara sunti yang cantik - cantik belaka. Mestilah Cik Mah takutkan sebab Cik Mah pun anak dara sunti lagi ditambah pula dengan kecantikan dan keayuan Cik Mah nih pasti lah menjadi sasaran utama kan?? Mahunya pocong tu serang Cik Mah mana lah mampu Cik Mah nak melawan. Tapi yang tak menaha

Filem Berani Punya Budak

Image
Filem: Berani Punya Budak Pengarah: Afdlin Shauki Genre: Aksi & Komedi Pelakon: Afdlin Shauki, Awie, Sharifah Sofea, Nabil Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Adlin Aman Ramlie, Riezman Khuzaimi, Pairote Boongerd, Supakson Chaimongkon, Sahaschai Chumrum & Etc. Tarikh Tayangan: 24 April 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Shuhami Abdullah atau Tong yang baru sahaja tiba di lapangan terbang namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol serta disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster di Thailand. Jadi, Shuhaimi telah menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya bernama Pairot yang kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara. Dia menguruskan restoran bersama Tong. Namun pada suatu hari Pairot telah mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut sete