Filem Misteri Jalan Lama



Filem:
Misteri Jalan Lama


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Keluarga & Drama


Pelakon:
Que Haidar, Hans Isaac, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran,
Sabrina Mohammed Hassan, Namron, Adam Corrie, Sobri Anuar, Afdlin Shauki,
Nasir Bilal Khan, Yalal Chin, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed & Etc.


Tarikh Tayangan:
24 November 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua dunia berbeza dimana dua beradik iaitu Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian Iskandar iaitu ayah mereka. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long dan ini menyebabkan hidupnya mulai tidak aman kerana kini dia diburu oleh gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang yang misteri ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama pada 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik dan dia banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ily dan ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra lalu dia membawa diri jauh daripada keluarganya.   

Pada hari kematian Iskandar dimana buat pertama kalinya selepas 15 tahun akhirnya Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya tiba - tiba Indra dikejar oleh gangster dan ini membuatkan Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama tersebut dan tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? Siapakah sebenarnya makhluk tersebut? Apakah hubungan antara Ilya dandan mereka? Apakah misteri yang terdapat di jalan lama tersebut? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya


Trailer:



Pandangan Hans:

Aku sudah lama menantikan filem ini keluar di panggung wayang tempatan dan akhirnya filem ini akan mula ditayangkan pada November ini. Dari aspek kostum dan CGI aku tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi kerana Afdlin sendiri jika tidak silap aku ada menyatakan filem ini adalah filem yang kosnya rendah untuk kategori filem - filem yang menggunakan CGI namun aku tidak sabar untuk menanti perjalanan kisah filem ini kerana selalunya karya Afdlin sangat jarang mengecewakan aku. Jadi, selamat menonton kepada semua!


P/S : Selepas Ini Aku Akan Cari Info Berkenaan Filem Abuya Pula (^_^)Y

Comments

  1. saya sukelah kalau arahan afdlin ni! macam menarik! =)

    ReplyDelete
  2. macam best je. lambat lagi la pulak.

    ReplyDelete
  3. karya aflin mmg slalu memuaskan ..

    ReplyDelete
  4. nak kena tonton baru boleh komen...:)

    ReplyDelete
  5. sebagai pengikut karya afdlin, aku sanggup tunggu...

    ReplyDelete
  6. oh yeah..kitorang dah tengok...best kot...ada review kat kakiwayang.com...jemput singgah...=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem Sarkar

Review Filem Paskal The Movie

Pada Zaman Dahulu