Posts

Showing posts from August, 2011

Filem Misteri Jalan Lama

Image
Filem: Misteri Jalan Lama Pengarah: Afdlin Shauki Genre: Keluarga & Drama Pelakon: Que Haidar, Hans Isaac, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran, Sabrina Mohammed Hassan, Namron, Adam Corrie, Sobri Anuar, Afdlin Shauki, Nasir Bilal Khan, Yalal Chin, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed & Etc. Tarikh Tayangan: 24 November 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua dunia berbeza dimana dua beradik iaitu Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian Iskandar iaitu ayah mereka. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long dan ini menyebabkan hidupnya mulai tidak aman kerana kini dia diburu oleh gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang yang misteri ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama pada 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik dan dia banyak membantu Iskandar membina

3 Rancangan Menarik Yang Wajib Anda Tonton

Image
Rancangan: Makan Angin Musim 2 Pengacara: Adzriefaiz Adzlan Genre: Dokumentari Hiburan (Pelancongan) Episod: 13 Episod Siaran: TV9 Waktu: Setiap Jumaat - 8.30 Malam Sinopsis: Pada musim kali ini Faiz akan menjelajah ke kampung-kampung pedalaman yang terpilih di seluruh negara dan beliau akan menyediakan sendiri makanan eksotik di sana. Menariknya disini ialah Faiz juga perlu menyediakan sendiri bahan-bahan makanan yang akan dimasak oleh beliau seperti memasuki hutan untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan, mengejar ayam kampung selama 2 jam dan pelbagai lagi. Apa yang membuatkan anda pasti teruja ialah nama, rupa bentuk dan cara masakan makanan itu yang kebanyakkannya kita tidak pernah dengar atau mungkin kita tahu tetapi tidak pernah melihat rupa atau bagaimana cara memasaknya. Jadi, selamat menonton rancangan menarik dan menghiburkan ini. Rancangan: Best In The World Pengacara: Razif Hashim Genre: Dokumentari Hiburan (Makanan) Episod: 13 Episod Siaran: 8TV Waktu: Setiap Khamis -

Drama Bersiri Wasiat

Image
Tajuk: Wasiat Pengarah: Faizal Ishak Genre: Drama Siaran: Astro Prima Saluran 105 Waktu: Setiap Rabu - 10.00 Malam Pelakon:  Farid Kamil, Beto Khusairy, Sara Ali, Yasmin Hani, Azhan Rani, Mak Wan, Syazwan Zulkifli, Rahim Omar & Etc. Sinopsis: Drama ini mengisahkan tentang pergolakan sebuah keluarga akibat perebutan harta yang ditinggalkan oleh seorang hartawan bernama Agus Raizal yang meninggal dunia gara - gara serangan jantung selepas bertengkar dengan anak tunggalnya iaitu Shark kerana anaknya itu tidak berpuas hati dan menuduh Marina iaitu isteri yang baru dikahwini Agus hanya berkahwin dengan ayahnya semata - mata kerana harta. Konflik mula berlaku apabila mereka menanti pegum untuk membacakan wasiat Agus dimana Shark merasakan beliau layak untuk mendapat semua harta bapanya memandang beliau adalah satu - satunya anak tunggal Agus. Manakala Marina pula merasakan dia lebih layak mendapat harta tersebut kerana selama ini beliau yang menjaga Agus. Pada waktu yang sama, Cik Ros ya

Review Filem Cool Gel Attacks

Image
Filem: Cool Gel Attacks Pengarah: Jaturong Mokjok Genre: Komedi Pelakon:   Jaturong Mokjok, Jim Chuancheun, Nuttapong Chatpong, Patarasaya Kreusuwansiri & Etc. Penilaian: 4 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang 2 buah keluarga berjiran yang mengusahakan perniagaan masing - masing iaitu menjual kuih pau dan juga membekalkan ais. 3 tahun yang lepas Teerachai dan Meaw yang merupakan ketua keluarga masing - masing bersahabat baik namun mereka mula berbalah gara - gara corong asap kilang kecil Teerachai yang dihalakan menuju ke rumah Meaw yang secara tidak langsung memanaskan suhu sekeliling dan mengakibatkan ais yang yang dihasilkan oleh Meaw cepat cair. Namun kedua - dua anak mereka pula sedang bercinta. Kemudian masalah mula timbul apabila kawasan rumah mereka diserang oleh sejenis makhluk asing yang jatuh dari langit dan berbentuk seperti gel berwarna jernih yang sangat comel namun sebenarnya adalah makhluk pembunuh yang kejam . Makhluk asing ini membiak dengan memasuki

Filem Al-Hijab

Image
Filem: Al-Hijab Pengarah: Pierre Andre Genre: Seram Pelakon: Pierre Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Aziz M.Osman, Nor Albaniah, Khir Mohd Noor & Etc. Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang pelakon iaitu Rafael yang langsung tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan membintangi sebuah filem seram sebagai watak utama dia ini membuatkan beliau terkejut dan sangat teruja untuk berusaha menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya sendiri lantas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu untuk merasai perasaan takut tersebut namun dia masih tidak pernah melihat kelibat makhluk itu disana. Qiss iaitu teman wanita Rafael berasa pelik dengan sikap Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhluk halus jika hijabnya dibuka. Na

Kontroversi Iklan Ramadhan 8TV Dan TV9

Image
Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada pembaca yang sedang berpuasa dan juga salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini. Baru - baru ini kita digemparkan dengan iklan - iklan Ramadhan daripada stesen 8TV dan TV9 yang dilanda kontroversi gara - gara mendapat kritikan hebat daripada penonton - penonton televisyen tempatan yang tidak berpuas hati dengan iklan yang ditayangkan di saluran - saluran tersebut kerana dikatakan tidak tepat atau tidak melambangkan istilah Ramadhan dan berunsurkan perkauman. Iklan Ramadhan untuk siaran stesen 8TV dengar khabarnya sudah diharamkan dan tidak disiarkan lagi di saluran tersebut namun ia tersebar meluas di youtube. Aku yang pada mulanya menonton iklan ini di saluran 8TV beranggapan iklan ini sebenarnya ada pengisian yang bagus tetapi cara penyampaiannya langsung tidak sesuai dan sangat teruk . Apabila keempat - empat iklan ini hanya menjadikan seorang gadis cina sebagai fokus utamanya dalam kesemua situasi yang ditunjukkan maka ia kel

Review Filem Senario The Movie Ops Pocot

Image
Filem: Senario The Movie Ops Pocot Pengarah: Ismail Bob Hashim Genre: Komedi Pelakon: Azlee, Mazlan, Wahid, Diana Amir, Mas Muharni, Kamal Adli, Sasqia, Mr. Os & Etc.  Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang 3 orang lelaki yang berlainan kerjaya dan sikap. Setiap orang daripada mereka mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda lembut yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya cepat penat dan mudah tertidur dalam apa jua keadaan sekalipun. Mazlan pula merupakan seorang pemuda yang sangat penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya yang meletakkan ular plastik pada barang - barangnya. Wahid pula seorang yang pendiam dan takut berhadapan dengan orang dalam jumlah yang ramai dan bekerja di sebuah syarikat agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan majikan mereka mengambil langkah memasukkan mereka

Filem Songlap

Image
Filem: Songlap Pengarah: Effendee & Fariza Azlina Genre: Aksi & Drama Pelakon: Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Rashidi Ishak, Lisdawati, Eizlan Yusof, Nasir Jani & Etc, Tarikh Tayangan: 15 Disember 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik iaitu Am dan Ad yang melibatkan diri dalam satu sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini memang jauh berbeza. Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama ini sebagai jalan pintas baginya untuk mendapatkan wang bagi memenuhi kegiatan judinya manakala Ad pula mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy. Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak akan tercapai akibat kehilangan kawan karibnya iaitu Razak akibat masalah dadah dan melihat sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan

Filem Rise Of The Planet Of The Apes

Image
Filem: Rise Of The Planet Of The Apes Pengarah: Rupert Wyatt Genre: Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen Pelakon: James Franco, Freida Pinto, John Lithgow, Andy Serkis, Tom Felton, Brian Cox, David Hewlett & Etc. Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2011 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang James Franco yang merupakan seorang saintis yang bekerja mencari penawar untuk penyakit Alzheimer dengan menjadikan Caesar iaitu seekor beruk sebagai bahan uji kajinya . Eksperimen tersebut menjadikan Caesar sebagai seekor beruk yang pintar dan ini menyebabkan Caesar mula memberontak dan menjadi ketua pada beruk - beruk lain menentang manusia untuk mendapatkan kebebasan . Terjadilah permulaan peperangan antara spesis manusia dan beruk . Jadi, mampukan manusia melawan kepintaran Caesar dan rakan - rakannya itu yang sangat berdendam dengan manusia? Trailer: P/S : Tak Sabar Nak Tengok! (^_^)Y