Posts

Showing posts from May, 2011

Review Filem Insidious

Image
Filem: Insidious Pengarah: James Wan Genre: Seram & Thriller Pelakon: Patrick Wilson, Rose Byrne, Ty Simpkins, Andrew Astor, Lin Shaye, Leigh Whannel, Angus Sampson, Barbara Hershey & Etc. Penilaian: 4.5 / 5 Sinopsis: Sepasang suami isteri iaitu Josh dan Renai serta 3 orang anak mereka baru berpindah ke sebuah rumah baru. Renai yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa mula diganggu sedikit demi sedikit oleh sesuatu makhluk melalui bunyi - bunyian tetapi beliau tidak mengendahkannya sehinggalah pada suatu malam anak sulung mereka iaitu Dalton ditemui terlantar di loteng rumah mereka kerana dipercayai terjatuh dari tangga dan kemudiannya koma. Selepas kes itu, Renai kerap kali diganggu dan cuba menceritakan kepada suaminya Josh tetapi beliau tidak percaya kepada cerita Renai sehinggalah pada suatu malam apabila seluruh ahli keluarga diganggu akhirnya Josh bersetuju dengan cadangan Renai untuk berpindah ke rumah lain kerana beranggapan rumah itu berhantu. Malangnya tanggapan

Review Filem Seru

Image
Filem: Seru Pengarah: Ming Jin & Pierre Andre Genre: Seram Pelakon: Sharnaaz, Nisha Dir, Cut Mutia, Azman Hassan, Kat, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Dewa Sapri, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre & Etc. Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang keadaan sebuah produksi yang sedang menjalankan satu pengambaran sebuah filem seram, Jangan Bernafas di sebuah kawasan hutan yang lengang dari manusia. Semasa pengambaran berlangsung tiba - tiba mereka dikejutkan dengan beberapa orang krew mereka yang histeria dan dirasuk oleh makhluk halus. Kebanyakan krew termasuk pengarah hanya menganggap itu cuma gangguan biasa dan mereka mengambil peluang dengan merakam babak - babak ahli krew diserang histeria dan dirasuk itu untuk dijadikan sebagai footages untuk dijadikan sebagai promosi untuk menarik penonton supaya menonton filem tersebut nanti. Tetapi, tanpa disangka - sangka ahli krew yang dirasuk tiba - tiba mengganas dan membunuh seorang demi seorang krew - krew lai

Review Filem Karak

Image
Filem: Karak Pengarah: Yusry Abd Halim Genre: Ngeri Pelakon: Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy, Md. Eyzendy, Sidek Hussain, Sobri Anuar. Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di sepanjang lebuhraya Karak. Sedang mereka menunggu kereta - kereta dihadapan bergerak kerana kesesakan yang amat teruk tiba - tiba ada seorang peminta sedekah meminta sedekah sambil menceritakan tentang kemalangan yang begitu dasyat di hadapan mereka. Oleh kerana mereka perlu pulang segera disebabkan perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya akhirnya mereka sepakat untuk memilih menggunakan sebatang jalan lama iaitu Karak tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih itu akan merubah hidup mereka selama - lamanya. Mereka terserempak dengan seorang wanita bersama anaknya dan dikejar oleh sebua

Pementasan Teater TylcKooUns

Image
Tarikh Pementasan: Jumaat, 20 Mei - 29 Mei Waktu Pementasan: 8.30 Malam Tempat Pementasan: Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Menara Dbp Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur, Malaysia. Penerbit: Khairol Azhar Bin Abd Jalil Pengarah: Khairunazwan Rodzy Pelakon: Namron, Amerul Affendi, Mardiana Alwi, Zahiril Adzim, Ammar Armada, Wanji Aswandi, Khairil Ridzuan, Hasbullah Abdullah, Mohd Aiman Syazwan & Wan Farah Aina. Harga Tiket: RM30 - Dewasa RM15 - Pelajar Tempahan Tiket Boleh Dibuat Menghubungi : Natrah : 011 - 12447959 Didi : 013 - 4321147 Sinopsis: Kelab peribadi mewah milik Tycoon telah berada di bawah kuasaan Manan. Kelab itu telah menjadi tempat persembunyian Manan bersama pengikut-pengikutnya yang mengamuk atas ketidakadilan kepimpinan Tycoon terhadap Pekan Siem Pang. Amukkan ini berlaku setelah Long menjadi mangsa tuduhan sebagai korban menutup kesalahan Tycoon atas jenayah yang dilakukan oleh Tycoon.  Ramona, perempuan simpanan Tycoon yang menjadi pelayan wanita di dalam

Kepelbagaian Filem - Filem Melayu Tahun 2011

Image
Apabila membaca entry  DISINI tiba - tiba saya terasa mahu menulis tentang perkara ini. Momentum sambutan dan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap filem - filem keluaran tempatan terutama filem Melayu sejak akhir - akhir ini menunjukkan peningkatan yang sangat positif membuatkan ramai penerbit filem berlumba - lumba untuk menghasil dan menerbitkan filem masing - masing dan ini secara tidak langsung menjadikan filem - filem yang bakal ditayangkan nanti terdiri daripada pelbagai genre dan memberi lebih pilihan kepada penonton untuk menonton filem atau pelakon kegemaran mereka di dalam filem - filem tertentu. Berdasarkan senarai beberapa filem yang bakal ditayangkan melalui sumber yang diperoleh daripada  Cinema Online boleh saya katakan terdapat banyak judul filem yang kelihatan menarik dan membuatkan saya tidak sabar untuk menonton. Jadi, dibawah ini disenaraikan beberapa filem tempatan yang bakal menemui penonton - penonton Malaysia di pawagam berdekatan anda sepanjang hujung bu

Review Filem Nur Kasih The Movie

Image
Filem: Nur Kasih The Movie Pengarah: Khabir Bhatia Genre: Drama Pelakon: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudah, Mia Sara Nasuha, Muniff Isa, Liza Othman, Dato Rahim Razali, Afida Es, Syafie Naswip, Norman Hakim & Etc. Penilaian: 4.3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Adam, Nur dan Aidil selepas Aidil kehilangan isterinya, Alia yang terlibat di dalam satu insiden kemalangan. Jika sebelum ini Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam namun kini dia perlu menempuhi pelbagai lagi dugaan sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Mariam. Manakala Adam dan Nur pula selalu diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti keguguran dan kesihatan. Ada satu watak akan pergi meninggalkan dunia menghadap Ilahi tetapi siapakah orangnya? Adakah daripada watak utama? Apakah sebabnya? Saksikan sendiri filem penuh dengan keagamaan dan air mata ini di pawagam berhampiran anda. Ulasan Hans: Filem penuh

Filem Nur Kasih The Movie Tidak Akan Ditayangkan Di Mana - Mana Siaran Berbayar : Satu Langkah Yang Bijak

Image
Langkah penerbit filem Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen televisyen berbayar adalah suatu tindakan yang sangat bijak bagi aku. Pada pandangan aku sendiri sebenarnya pasaran filem Malaysia baru sahaja berkembang baik tetapi momentum ini seolah - olah hampir dimusnahkan oleh stesen berbayar ini yang memberi penonton pilihan untuk menonton dengan kadar yang paling murah dan menjimatkan. Kesan positifnya hanyalah kepada penonton (dan mungkin juga pada pihak mereka sendiri) yang mampu menjimatkan berpuluh - puluh ringgit kerana dengan melanggan siaran sebegini ia mampu ditonton oleh seluruh ahli keluarga berbanding menonton di wayang tetapi kesan negatif jangka panjang ialah ia akan merugikan penerbit filem sendiri untuk menerbitkan filem seterusnya. Bayangkan sebuah keluarga terdiri daripada 6 orang. Jika ke panggung wayang secara kasarnya mereka harus berbelanja sebanyak RM60 untuk menonton sebuah filem tetapi dengan melanggan siaran berba

Review Filem Kongsi

Image
Filem: Kongsi Pengarah: Farid Kamil Genre: Aksi & Komedi Pelakon: Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Azad, Putri Mardiana, Bront Palarae, Piee & etc. Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang 3 kumpulan kongsi gelap terbesar sekitar Kuala Lumpur yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang mula bergaduh sesama sendiri kerana ketua - ketua atau ahli - ahli berpengaruh di dalam kumpulan mereka ditemui mati dibunuh oleh seseorang. Setiap kumpulan menuduh antara satu sama lain yang sedangkan pembunuh sebenar ialah Tumulak, seorang pembunuh upahan yang berasal dari Thailand. Beliau mendapat arahan daripada ketua Gangster Thailand iaitu Kimpedu yang mahu menguasai kawasan - kawasan hitam di Malaysia daripada kumpulan kongsi gelap Malaysia. Kegiatan Tumulak akhirnya dikesan oleh polis Malaysia dan beliau kini diburu oleh polis serta kumpulan kongsi gelap yang ingin membalas dendam atas perbuatannya selama ini. T

Blog Baru Hans

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Idea untuk membina sebuah blog lain yang hanya memfokuskan kepada review filem mula timbul secara tiba - tiba. Saya menamakan blog ini sebagai Rollo De Pelicula iaitu sebuah perkataan Sepanyol yang bermaksud Roll Film melalui terjemahan secara terus di google. Entah kenapa saya suka melihat Roll Film selepas terlibat dalam menyiapkan tugasan dokumentari saya sebelum ini berkenaan Pawagam Coliseum pada semester lepas bersama rakan - rakan seperjuangan. Jadi, saya akan pindahkan ulasan - ulasan saya mengenai filem, drama mahu pun dokumentari yang pernah saya tonton dari blog saya sebelum ini ke blog khas ini - Rollo De Pelicula . Apa - apapun, moga blog terbaru saya ini mendapat sokongan daripada kalian. Moga bertemu lagi pada entry akan datang. (^_^)Y ---- Ini Hans

Review Filem : Dalam Mihrab Cinta

Image
Filem: Dalam Mihrab Cinta Pengarah: Habiburahman El Shirazi Genre: Keagamaan Pelakon: Dude Harlino, Meyda Safira, Asmirandah, Boy Hamzah, El Manik, Niniek L.Karim & Etc. Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah pondok agama yang sangat jujur dan baik budi pekerti iaitu Syamsul Hadi yang difitnah mencuri dompet Burhan, rakan sebiliknya sedangkan sebenarnya Burhan yang meminta tolong Syamsul Hadi untuk mengambil dompetnya yang kononnya dikatakan tertinggal di bilik. Syamsul Hadi tidak mengaku dan bersumpah laknat namun Burhan juga melakukan perkara yang sama. Tanpa siasatan yang lengkap maka Syamsul Hadi dipukul serta kepalanya digondolkan sebelum dihalau daripada sekolah pondok tersebut. Kekecewaan Adik Perempuan Syamsul Hadi Keluarga Syamsul Hadi pula sangat terkejut, marah dan kecewa dan percaya bahawa Syamsul Hadi memang mencuri. Hanya ibu dan adik perempuannya sahaja yang mempercayai bahawa Syamsul Hadi tidak melakukan perkara terkutuk itu. Ak