Posts

Showing posts from March, 2011

Review Filem : World Invasion : Battle Of Los Angeles

Image
Filem: World Invasion : Battle Of Los Angeles Genre: Aksi, Fiksyen & Thriller Pengarah: Jonathan Liebesman Pelakon: Aaron Eckhart, Ramon Rodriguez, Cory Hardrict, Ne-Yo, James Hiroyuki Liao, Bridget Moynahan, Noel Fisher & Etc. Sinopsis: NASA telah melihat pergerakan meteor yang semakin hampir dengan bumi dan mengjangkakan kesemua meteor itu akan terhempas ke laut. Namun meteor yang terhempas itu sebenarnya membawa makhluk - makhluk yang tidak dikenali masuk ke dalam bumi dan seluruh dunia diserang oleh makhluk - makhluk asing ini. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah mengerahkan kesemua askar mereka untuk bertempur dengan makhluk asing yang mereka tidak tahu apa - apa langsung tentang kelemahan mahu pun kekuatan makhluk itu. Namun, sistem pertahanan Amerika Syarikat yang canggih itu lumpuh dengan serta merta. Pangkalan tentera mereka musnah sekelip mata. Hampir keseluruhan Amerika Syarikat telah dijajah oleh makhluk asing ini. Jadi, kini Amerika Syarikat bergan

Filem Bunohan

Image
Filem: Bunohan Pengarah: Dain Said Pelakon: Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Shoffi Jikan & Etc. Trailer: Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Di Bawah Bunohan Saya amat tertarik dengan filem ini kerana pertama mungkin terdapat banyak kelainan yang cuba ditampilkan terutama dari segi jalan cerita dan isi di dalam filem ini. Itu apa yang saya rasa lah apabila selesai menonton trailer dan membaca sinopsis filem ini. Sebab kedua mungkin kerana saya mengenali kebanyakan pelakon filem ini dari pentas teater. Saya tak pasti kenapa tapi saya amat mengagumi pelakon - pelakon yang hebat di atas pentas teater kerana bagi saya mereka ini adalah pelakon yang memang mampu menjiwai watak masing - masing dengan baik. Apa - apapun, saya menanti filem ini ditayangkan dan yang pastinya jika diberi peluang saya akan menonton filem ini di pawagam. Moga filem ini mampu membawa dimensi baru kepada filem - filem tempatan yang bakal dibikin dan

Review Filem : Hikayat Merong Mahawangsa

Image
Filem: Hikayat Merong Mahawangsa Pengarah: Yusry Abd Halim Genre: Sejarah, Aksi & Peperangan Pelakon: Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Nellie Ng, Wan Hanafi Su & Etc. Sinopsis: Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Pute

Review Filem : Drive Angry

Image
Baru balik dari TGV Bukit Raja menonton filem Drive Angry . Sebenarnya teringin nak tengok filem Beastly tapi sebab filem tu ditayangkan pukul 10 malam maka memang tak sempat lah nak tengok sebab salah seorang member aku tadi habis kerja pukul 11 malam. Jadi, layanlah filem nih bermula pukul 12.10 tengah malam tadi. Nanti kalau sempat aku buatlah review untuk filem nih. Aku setuju untuk tengok filem nih pun sebab aku minat dengan lakonan Nicolas Cage . Hahaha! Tapi, filem nih aku tak minat sangat sebab ia ada kaitan dengan neraka lah penjaga la apa lah. Hahahaha! Apa - apapun, aksi dengan efek dia agak best lah bagi aku. Apa - apapun, aku rasa pada sesiapa yang pernah menonton filem Legion dan rasa filem itu seronok jadi aku mengandaikan mungkin korang suka kut filem Drive Angry nih. Okaylah! Aku nak tidur dulu! Penat! Hohoho! P/S : Terima Kasih Pada Rakan Saya Yang Bermurah Hati Nak Belanja Pada Malam Nih.