Posts

Showing posts from November, 2018

Review Filem The Possession Of Hannah Grace

Image
Filem: The Possession Of Hannah Grace Penilaian: 6 / 10 Pengarah: Diederik Van Rooijen Genre: Seram Pelakon: Shay Mitchell, Stana Katic, Grey Damon, Kirby Johnson, Nick Thune, Louis Herthum, Maximillian McNamara,  & Etc. Tarikh Tayangan: 29 November 2018 Pengedar: Sony Pictures Entertainment Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Megan yang merupakan seorang bekas polis wanita dan baru sahaja keluar dari pusat pemulihan dadah gara-gara satu kejadian yang melibatkan kematian rakannya. Hasil bantuan daripada seorang rakan, akhirnya Megan diterima  bekerja syif malam di sebuah rumah mayat yang terletak di dalam hospital. Pada suatu hari, mayat mangsa pembunuhan kejam telah tiba di rumah mayat tersebut dan Megan mula merasai pelbagai kejadian aneh dan ganas yang berlaku di sekelilingnya. Megan kemudian mendapat tahu bahawa terdapat entiti jahat yang berada di dalam mayat tersebut.  Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda pada 29 November 2018 akan datang untuk mengetahui

Review Filem Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2

Image
Filem: Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 Penilaian: 8 / 10 Pengarah: Rich Moore & Phil Johnston Genre: Pengembaraan, Animasi & Komedi Pelakon: John C. Reilly, Sarah Silverman, Gal Gadot, Taraji P. Henson, Jack McBrayer, Jane Lynch, Alan Tudyk, Alfred Molina & Etc. Tarikh Tayangan: 22 November 2018 Pengedar: Walt Disney Pictures Sinopsis: Filem ini merupakan sambung kepada kisah antara Ralph dan Vanellope selepas enam tahun kejadian pertemuan mereka pada filem Wreck-It-Ralph yang terdahulu. Pada kali ini, mereka berdua telah terlibat di dalam satu pengembaraan ke dunia internet melalui modem wifi yang terdapat di arked mereka untuk cuba mendapatkan aksesori stereng permainan Vanellope yang telah dirosakkan oleh pelanggan.  Saksikan pengembaraan mereka yang cukup menarik dan penuh dengan emosi di pawagam berhampiran anda pada 22 November 2018 akan datang untuk mengetahui kisah selanjutnya. Ulasan: Alhamdulillah pada  22 November 2018  yang lepas,  aku telah berkesem

Review March Of The Penguins 2: The Next Step

Image
Filem: March Of The Penguins: The Next Step Penilaian: 7 / 10 Pengarah: Luc Jacquet Genre: Dokumentari Durasi: 1 Jam 25 Minit Suara Narator: Morgan Freeman Tarikh Tayangan: 29 November 2018 Pengedar: TGV Pictures Sinopsis: Filem dokumentari ini berkisarkan tentang seekor penguin muda yang memulakan pengembaraan sulungnya ke sebuah destinasi yang tidak diketahui cabarannya apabila tiba musim sejuk. Ia akan memaparkan sepanjang perjalanan penguin ini serta cabaran yang perlu dihadapinya di dalam meneruskan legasi kehidupan di benua antartika yang penuh dengan pelbagai dugaan dan ujian. Ulasan: Buat pertama kalinya di dalam sejarah iaitu pada tanggal  21 November 2018 , aku berpeluang menonton sebuah filem dokumentari yang memaparkan perjalanan hidup seekor penguin maharaja di dalam panggung wayang. Terima kasih kepada pihak  TGV Pictures Sdn Bhd  kerana sentiasa memberi aku peluang untuk menonton pelbagai filem-filem menarik di TGV Cinemas . March Of The Penguins 2: The Next Step merupa

Review Filem Robin Hood

Image
Filem: Robin Hood Penilaian: 8 / 10 Pengarah: Otto Bathurst  Genre: Aksi Pelakon: Taron Egerton, Ben Mendelsohn, Eve Hewson, Jamie Foxx, Jamie Dornan, Tim Minchin, Paul Anderson, F. Murray Abraham & Etc Tarikh Tayangan: 22 November 2018 Pengedar: TGV Pictures Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang lelaki kaya bernama Robin Loxley yang hidup bahagia bersama kekasihnya Marian sebelum ditugaskan sebagai askar dan dihantar secara paksa ke negara Arab oleh pihak pemerintah Sheriff of Nottingham untuk menentang penentang Arab. Selama empat tahun, Robin dan pasukannya terlibat di dalam peperangan menentang puak Arab sehinggalah pada suatu hari satu kejadian menarik berlaku sewaktu Robin dan pasukannya menyerang kubu kuat pejuang Arab. Pada ketika inilah Robin tanpa sengaja mengenali Little John dan menyelamatkannya di dalam satu kejadian sehingga dia dituduh sebagai pengkhianat dan dihantar pulang semula ke negaranya. Setibanya Robin di Nottingham, dia mendapat tahu tentang sebuah berita

Review Filem Guang

Image
Filem: Guang Penilaian: 9 / 10 Pengarah: Quek Shio Chuan  Genre: Keluarga Pelakon: Kyo Chen Chong Wei, Emily Ziying Chan, Ernest Chong & Etc Tarikh Tayangan: 29 November 2018 Pengedar: MM2 ENTERTAINMENT Sdn Bhd Sinopsis: Filem ini mengisahkan Wen Guang yang merupakan abang kepada Didi tetapi disebabkan Guang mengidap autism dan sering disalah anggap ramai pihak, maka Didi terpaksa sentiasa memerhati dan menjaga Guang daripada sebarang masalah atau bahaya yang timbul. Guang juga mempunyai masalah tidak dapat fokus kepada sesuatu perkara dan sukar untuk bersosial dengan orang awam di luar sana. Didi yang risau dengan masa depan Guang sentiasa berusaha mencarikan kerja untuk abangnya dan memaksa Guang untuk menghadiri temuduga kerja untuk mendapatkan duit belanja sendiri. Dalam pencarian kerja, Guang mula menyedari minatnya terhadap bunyi yang terhasil daripada gelas dan mula mengumpul pelbagai jenis dan bentuk gelas kaca untuk tujuan yang tidak diketahui sesiapa. Pada masa yang sama,