Posts

Showing posts from September, 2018

Review Filem Beddua: The Curse

Image
Filem: Beddua: The Curse Pengarah: Alper Mestci Genre: Seram Pelakon: Beyzanur Mete, Gizem Takma, Esma Soysal, Mustafa Dok, Serife Unsal & Etc. Penilaian: 9/10 Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2018 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan empat sahabat baik iaitu Melek, Burcu, Eda dan Aylah. Sudah bertahun mereka bersama sehinggakan walaupun sudah tamat pengajian tetapi mereka masih tetap tidak pernah berpisah dan menghubungi antara satu sama lain. Namun, nasib Melek berbeza berbanding rakannya yang lain selepas dia ditinggalkan oleh ketiga-tiga rakannya sewaktu Melek terserempak secara tidak sengaja dengan Havel yang merupakan seorang dukun. Havel dituduh sebagai seorang perempuan sihir yang sangat merbahaya oleh masyarakat sekeliling kerana dipercayai mengamalkan ilmu hitam. Kejadian tersebut menyebabkan Melek jatuh lumpuh dan tidak mampu melihat dengan sempurna serta tidak boleh bercakap. Setelah sekian lama kejadian tersebut berlaku, ketiga-tiga rakan Melek kemba

Review Filem The Breadwinner

Image
Filem: The Breadwinner Pengarah: Nora Twomey Genre: Animasi, Drama & Kekeluargaan Pelakon (Suara): Saara Chaudry, Soma Chhaya, Noorin Gulamgaus, Laara Sadiq, Ali Badshah, Shaista Latif, Kanza Feris, Kawa Ada, Kane Mahon, Ali Kazmi & Etc. Penilaian: 8/10 Sinopsis: Filem animasi ini berlatar belakang pada tahun 2001 dimana ia menceritakan tentang seorang anak gadis berusia 11 tahun bernama Parvana yang hidup di sebuah daerah di Afghanistan yang berada di bawah pemerintahan Taliban. Sebagai seorang perempuan, Parvana tidak boleh bebas berkeliaran di luar rumah kerana pemerintah Taliban melarang mana-mana perempuan daripada keluar rumah secara sendirian. Jika ditemani oleh bapanya sekali pun, Parvana harus memastikan kemunculannya tidak menarik perhatian mana-mana lelaki. Pada suatu hari, bapa Parvana ditangkap oleh pihak Taliban tanpa alasan yang kukuh. Hal ini menyebabkan keluarga Parvana di dalam kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan kerana adik lelaki Parvana masih lagi s

Review Filem Hell Fest

Image
Filem: Hell Fest Pengarah: Gregory Plotkin Genre: Seram Pelakon: Bex Taylor-Klaus, Amy Forsyth, Reign Edwards, Tony Todd, Christian James & Etc. Penilaian: 6/10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang pelajar perempuan bernama Natalie yang bertemu rakan baiknya sewaktu kanak-kanak iaitu Brooke serta rakan sebiliknya yang kurang digemari iaitu Taylor. Mereka berdua mengajak Natalie menyertai mereka serta tiga lagi rakan lelaki untuk  mengunjungi sebuah taman tema yang cukup terkenal iaitu Hell Fest. Tanpa disedari kehadiran mereka berenam telah menjadi tumpuan seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempatnya mengganas setiap tahun. Pembunuh bersiri itu kemudian mula menyerang dan cuba membunuh mereka berenam di taman tema tersebut. Malangnya, kebanyakkan pengunjung disitu menganggap kejadian tersebut hanya sebahagian daripada gimik persembahan disana. Mampukah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pembunuhan pembunuh topeng bers

Review Filem Wiro Sableng: Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212

Image
Filem: Wiro Sableng Pengarah: Angga Dwimas Sasongko Genre: Aksi, Pengembaraan & Komedi Pelakon: Vino Bastian, Sherina Munaf, Marsha Timothy, Fariz Alfarizi, Happy Salma, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, Aghniny Haque & etc. Penilaian: 6 /10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan Wiro Sableng yang hanya berusia empat tahun apabila ibu bapanya dibunuh dalam serangan penjahat. Dia kemudian dibesarkan oleh seorang pahlawan wanita tua, Sinto Gendeng. Bekas pengikutnya iaitu Mahesa Birawa merupakan dalang serangan yang menyebabkan kematian ibu bapa Wiro itu. Untuk menghentikan Mahesa daripada menjadi lebih bahaya, Sinto telah mengajar Wiro seni mempertahankan diri lagenda iaitu silat, untuk menjadikannya sebagai Pahlawan Naga Kapak 212. Wiro akhirnya berjaya mewarisi Kapak 212 selepas berlatih selama 17 tahun. Dia kemudian meninggalkan pergunungan dan memulakan  pengembaraannya untuk menghentikan rancangan jahat Mahesa. Ulasan Hans: Alhamdulillah rezeki aku terpilih untuk memenangi dua kepi