Posts

Showing posts from July, 2018

Review Filem Pulang

Image
Filem: Pulang Penilaian: 8 / 10 Pengarah: Kabir Bhatia  Genre: Biografi, Drama & Sejarah Pelakon: Remy Ishak, Puteri Aishah Sulaiman, Alvin Wong, Sherry Al Jeffry, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans, Jalaluddin Hassan, Aida Khalida & Etc  Tarikh Tayangan: 26 Julai 2018 Terbitan: Primeworks Studios Sinopsis: Filem ini diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40-an. Filem ini menceritakan mengenai pasangan suami isteri iaitu Othman dan Thom. Othman yang berasal dari sebuah perkampungan nelayan di Serkam telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya dan dapat mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan. Othman berjanji kepada isterinya yang dia pasti akan pulang. Namun, setelah 61 tahun berlalu, Thom masih menunggu kepulangan Othman. Adakah Othman berjaya menunaikan janjinya pulang semula bertemu dengan Thom? Saksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan anda. Ulasan: Alhamdulillah. Fil

Review FIlem Skyscraper

Image
Filem: Skyscraper Pengarah & Penulis Skrip: Rawson Marshall Turber Genre: Aksi, Jenayah, Drama Pelakon: Dwayne Johnson, Neve Campbell, Pablo Schreiber, Noah Taylor, McKenna Roberts, Kevin Rankin, Rolland Moller & Etc. Penilaian: 7/10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Will Sawyer, seorang bekas ketua pasukan menyelamat tebusan FBI yang kini menjadi penilai keselamatan untuk sebuah bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia iaitu Skyscraper. Ketika tugasan di sana, dia telah diperangkap serta diperdaya oleh rakan lamanya atas kesalahan jenayah iaitu sabotaj serta menceroboh sistem keselamatan bangunan tersebut yang sedang terbakar yang sebenarnya tidak dilakukan oleh Will. Pada masa yang sama, keluarga Will sedang berada di bangunan Skyscraper dan terperangkap sewaktu kejadian tersebut. Kini, misi Will bukan sahaja untuk menyelamatkan dirinya daripada buruan pihak polis tetapi dalam masa yang sama perlu menyelamatkan keluarganya dan membersihkan namanya daripada tuduh

Review Filem Brother Of The Year

Image
Filem: Brother Of The Year Pengarah: Witthaya Thongyooyong Genre: Kemodi, Keluarga, Romantik Pelakon: Sunny Suwanmethanon, Urassaya Sperbund, Nichkhun Horvejkul & Etc. Penilaian: 7/10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza iaitu Chut dan Jane. Chut merupakan seorang abang yang selalu gagal dalam setiap perkara yang dilakukan dan tidak dapat menguruskan diri dengan baik manakala adik perempuannya pula iaitu Jane sentiasa berjaya di dalam setiap bidang yang dipilihnya dan dalam masa yang sama menjadi 'ibu' dan sentiasa membantu menguruskan kehidupan Chut. Namun, Chut merupakan seorang abang yang terlalu melindungi adik perempuannya apabila ia berkaitan dengan soal cinta serta siapa teman lelaki adiknya. Jadi, Jane terpaksa menyembunyikan hubungan cintanya dengan jejaka kacukan Jepun iaitu Moji daripada diketahui oleh Chut. Masalah mula timbul apabila Moji melamar Jane dan memberitahu Jane perlu mengikutnya

Review Filem Inuyashiki

Image
Filem: Inuyashiki Pengarah: Shinsuke Sato Genre: Thriller, Manga, Aksi Pelakon: Noritake Kinashi, Takeru Satoh, Kanata Hongo, Fumi Nikaidou, Ayaka Miyoshi, Katsuhisa Namase, Mari Hamaida, Yuki Saito & Etc. Penilaian: 7/10 Sinopsis: Filem aksi sci-fi adaptasi manga karya Hiroya Oku ini bakal menemui penonton Malaysia bermula 5 Julai 2018 ini. Filem ini mengisahkan seorang lelaki pertengahan umur iaitu Ichiro Inuyashiki dan seorang remaja bernama Hiro Shishigami yang bertukar menjadi cyborg apabila terkena sebuah cahaya misteri yang disyaki berasal daripada teknologi makhluk asing. Melalui kuasa cyborg tersebut, timbul satu konflik antara Ichiro dan Hiro dimana Ichiro menggunakan kuasa tersebut untuk kebaikan manakala Hiro menggunakannya untuk membalas dendam. Saksikan filem menarik di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui kisah selanjutnya. Ulasan Hans: Alhamdulillah aku dijemput menghadiri Special Screening untuk filem Inuyashiki ini oleh pihak ATriNaga yang bertempat di mm