Posts

Showing posts from April, 2018

Review Filem Avengers: Infinity War

Image
Filem: Avengers: Infinity War Pengarah: Anthony Russo & Joe Russo Genre: Aksi, Pengembaraan & Fantasi Pelakon: Chris Hemsworth, Josh Brolin, Elizabeth Olsen, Robert Downey Jr., Chris Evans, Tom Holland, Chris Pratt, Scarlett Johansson, Zoe Saldana, Benedict Cumberbatch, Idris Elba, Tom Hiddleston, Sebastian Stan & Etc. Penilaian: 9 / 10 Sinopsis: Filem ini adalah bahagian pertama daripada dua sekuel kepada "Marvel's The Avengers" dan "Avengers: Age of Ultron" .  Pasukan Avengers bergabung dengan semua superhero lain dalam usaha menghalang pihak musuh yang bernama Thanos serta askar-askarnya yang sedang berusaha mengumpul enam Batu Infiniti untuk menjadikan Thanos berkuasa mengawal kehidupan seluruh planet. Adakah gabungan pasukan Avengers, kumpulan Guardian of the Galaxy serta superhero lain mampu menghalang usaha Thanos serta melindungi bumi? Atau adakah terdapat kejutan besar dimana Thanos dan pasukan askarnya berjaya membunuh ramai superhero Aveng

Review Filem Dukun

Image
Filem: Dukun Penilaian: 9 / 10 Pengarah: Dain Said  Genre: Jenayah, Thriller & Seram Pelakon: Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Elyana, Bront Palarae, Hasnul Rahmat , Sofi Jikan, Adlin Aman Ramlie & Etc  Tarikh Tayangan: 4 April 2018 Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd Sinopsis: Filem ini diadaptasi daripada sebuah kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan seorang ahli politik serta seorang wanita yang didakwa sebagai pengamal ilmu hitam. Mengisahkan seorang peguam bernama Karim yang kehilangan anak gadisnya yang masih berusia 17 tahun. Dalam pencariannya mencari anak gadisnya itu, Karim telah menggunakan pelbagai cara sama ada mengikut asas agama atau pun sebaliknya. Karim kemudiaannya terpaksa menjadi peguam bela kepada Diana Dahlan, seorang bomoh yang dituduh membunuh seorang orang kenamaan berpangkat Datuk. Dalam proses pembelaan itu, Karim menyedari Diana sebenarnya mempunyai satu kuasa yang membuatkan Karim percaya Diana mampu membantunya mencari anaknya yang hilang. Tan