Posts

Showing posts from March, 2018

Review Filem Ready Player One

Image
Filem: Ready Player One Pengarah: Steven Spielberg Genre: Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, Lena Waithe, T.J. Miller, Simon Pegg, Mark Rylance, Philip Zao, Win Morisaki & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi dari novel Ready Player One yang merupakan hasil karya Ernest Cline dan mengisahkan tentang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bernama Wade Watts. Dia telah menyertai sebuah pertandingan ciptaan Halliday yang telah mencipta sebuah permainan virtual realiti yang diberi nama  OASIS. Halliday yang telah meninggal dunia telah meninggal sebuah pesanan kepada semua pemain OASIS untuk mencari Easter Egg miliknya dengan menyelesaikan tiga cabaran yang diberikan. Mana-mana peserta yang berjaya  memenangi permainan tersebut berhak untuk memiliki semua kekayaan yang dimiliki oleh Halliday  termasuklah hak ke atas permainan  OASIS. Namun, untuk memenangi permainan tersebut tidak lah mudah ke

Review Filem Hantu Wangan

Image
Filem: Hantu Wangan Penilaian: 4 / 10 Pengarah: Ahmad Idham  Genre: Komedi & Seram Pelakon: Achey Bocey, Nur Risteena, Cat Farish, Nor Albaniah, Ruminah Sidek & Etc  Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018 Terbitan: Aifa Motion Pictures  Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang  KK,  seorang budak Wangan (pelumba jalanan) yang sentiasa menang di dalam perlumbaan kereta haram di jalanan. Kehebatan KK menyebabkan dia mendapat tawaran daripada seorang pemilik bengkel, Papa J untuk menjadi pemandu profesional. Sejak KK dikenali ramai maka dia mula bermimpi perkara yang aneh-aneh serta menakutkan. Pada suatu malam, KK secara tidak sengaja telah melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan kematian gadis tersebut sewaktu sedang berlumba kereta secara haram. Ini menyebabkan KK menjadi trauma dan hidupnya mula berubah. KK yang pada dahulunya merupakan seorang yang sangat berani dan tidak takut langsung pada kelajuan memandu kini menjadi sebaliknya. Dia menjadi sangat penakut dan tidak mampu lagi b

Review Filem Pacific Rim: Uprising

Image
Filem: Pacific Rim: Uprising Pengarah: Steven S. DeKnight Genre: Aksi & Sains Fiksyen Pelakon: John Boyega, Scott Eastwood, Cailee Spaeny, Burn Gorman, Charlie Day, Tian Jing, Jin Zhang & Etc. Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini merupakan sekuel filem terdahulu dimana ia mengambil latar cerita selepas 10 tahun bumi diserang oleh raksasa Kaiju. Walaupun kawasan portal kemunculan Kaiju telah berjaya ditutup sebelum ini namun program pembangunan robot Jaeger masih diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Kaiju kembali muncul menyerang penduduk bumi. Bagaimana pun kemunculan robot Jaeger yang tidak berdaftar yang membuat kekacauan di Sydney, Australia menyebabkan ramai pihak risau dan apabila diketahui robot Jaeger itu dikawal oleh otak Kaiju menyebabkan sekali lagi pasukan robot Jaeger terpaksa berjuang untuk menentang raksasa Kaiju yang semakin kuat dah hebat. Adakah sekali lagi pasukan Jaeger berjaya menyelamatkan bumi daripada kemusnahan atau sebaliknya? Saksikan fil

Bidong The Boat People Filem Malaysia Paling Gagal Tahun 2018

Image
Hollaaa guyss! Cik Mah in the blog!  Lama betul Cik Mah tak dapat menulis dekat sini. Nih yang Cik Mah rasa tak sabar nak bergosip dan mengutuk secara berjemaah dengan U'olss semua! Sekarang nih Cik Mah nak tanya siapa yang pernah dengar pasal filem Bidong: The Boat People tu? Hah? Biar betul korang tak pernah dengar? KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS Filem Bidong: The Boat People nih dah mula tayangan pada 1 Mac 2018 tetapi umur tak panjang U'olss sebab Cik Mah dengar-dengar macam dah tutup kedai dengan jualan tiket hanya RM3536.00 sahaja wehhh! Sikit betul kutipannya. Cik Mah pun tak tahu apa punca yang teruk sangat hasil kutipan filem nih sebab Cik Mah sendiri pun tak dapat nak tengok filem nih. Bukan tak nak tengok tetapi panggung wayang kawasan Cik Mah tinggal nih memang tak tayang filem nih. Nak tengok macam mana guyss kalau baru dua atau tiga hari tayang tiba-tiba panggung wayang dah tak nak mainkan dah. Cik Mah masih tak berpuas hati kenapa filem nih tidak mendapat sambu

Review Filem Lee Chong Wei

Image
Filem: Lee Chong Wei Penilaian: 9 / 10 Pengarah: Teng Bee  Genre: Biografi & Sukan Pelakon: Tosh Chan, Jake Eng, Rosyam Noor, Mark Lee, Yeo Yann Yann, Feddie Wong, Ashley Hua, Bernard Hiew & Etc  Tarikh Tayangan: 14 Mac 2018 Terbitan: CB Pictures Sdn Bhd & Mahu Pictures Sdn Bhd Sinopsis: Filem biopik ini mengisahkan tentang kehidupan penuh inspirasi pemain badminton nombor satu negara Dato' Lee Chong Wei yang berusaha keras sejak kecil lagi untuk mencapai cita-cita menjadi pemain badminton nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Misbun Sidek. Pelbagai kesukaran serta halangan yang perlu ditempuhi oleh Lee Chong Wei namun sikap tidak pernah berputus asa beliau akhirnya menjadikan beliau sebagai salah seorang lagenda badminton Malaysia. Ulasan: Alhamdulillah! Selesai sudah menonton filem  Lee Chong Wei yang baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai tayangan perdana filem yang terbesar di Malaysia dan peringkat Asia dengan pengg

Review Filem Tomb Raider

Image
Filem: Tomb Raider Pengarah: Roar Uthaug Genre: Aksi & Penggembaraan Pelakon: Alicia Vikander, Dominic West, Walton Goggins, Daniel Wu, Kristin Scott Thomas, Derek Jacobi, Alexandre Willaume & Etc. Penilaian: 5 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Lara Croft iaitu anak kepada Lord Richard Croft yang hilang ketika terlibat di dalam satu ekspedisi ke sebuah pulau yang terpencil bernama Yamatai untuk menyiasat tentang sebuah kisah lagenda ahli sihir Jepun yang bernama Himiko. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, Lara menerima satu mesej daripada teka-teki ayahnya dan Lara mendapati tujuan ekspedisi yang dilakukan ayahnya bakal memberi kesan yang sangat berbahaya kepada seluruh dunia jika diketahui oleh musuh-musuh ayahnya yang diberi nama kumpulan Trinity. Jadi, Lara mengambil keputusan untuk memulakan ekspedisi mencari ayahnya di pulau Yamatai bersama seorang kelasi bernama Lu Ren. Apakah yang bakal ditempuhi oleh Lara sepanjang penggambarannya di sana? Saksikan fil

Review Filem KL Special Force

Image
Filem: KL Special Force Penilaian: 7 / 10 Pengarah: Syafiq Yusof Genre: Aksi Pelakon: Fattah Amin, Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Sabrina Ali, Esma Daniel, Ramona Zamzam, Mustaqim Bahadon & Etc. Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018 Terbitan: Skop Production Sdn Bhd Sinopsis: Filem ini berkisarkan tentang kisah kumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan dan mereka berusaha untuk menumpaskan sekumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis. Geng Anarkis ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Asyraff. Seorang anggota polis muda bernama Zul pula diserapkan di dalam unit khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkaitan Geng Anarkis ini tetapi situasi bertukar sebaliknya kerana Asyraff bijak memanipulasikan perasaan, minda dan rasa syak wasangka antara Roslan dan Zul. Namun, sebuah rahsia besar bakal terbongkar apabila Geng Anarkis ini merompak bank kepunyaan Dato Mior. Apakah rahsia besar tersebut? Adakah pihak polis mampu menumpaskan Geng Anarkis? Saksika filem ini untuk m