Posts

Showing posts from February, 2018

Review Filem Who Am I

Image
Filem: Who Am I (Kein System Ist Sicher) Pengarah: Baran bo Odar Genre: Jenayah, Drama & Misteri Pelakon: Tom Schilling, Elyas M'Barek, Votan Wilke Mohring, Antoine Monot Jr., Hannah Herzsprung, Stephan Kampwirth & Etc. Penilaian: 9 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Benjamin yang sebenarnya bercita-cita ingin menjadi seorang superhero. Bagi Benjamin, menjadi superhero akan menjadikan dirinya lain dan istimewa berbanding orang lain kerana apa yang dia lakukan semestinya tidak boleh dilakukan oleh orang-orang lain. Benjamin sebenarnya merupakan seorang remaja yang kesepian dan dibesarkan oleh neneknya. Ini menyebabkan dia banyak menghabiskan waktu di hadapan komputer dan dari situ dia mula mempelajari bahasa dan kod-kod program komputer. Tanpa sedar disinilah Benjamin mempunyai kelebihan dan berminat dengan dunia penggodam. Dia dijemput  secara tidak sengaja untuk menyertai sebuah kumpulan penggodam yang diberi nama CLAY singkatan daripada Cl

Review Filem A Street Cat Named Bob

Image
Filem: A Street Cat Named Bob Pengarah: Roger Spottiswoode Genre: Biografi, Komedi & Drama Pelakon: Luke Treadaway, Bob the Cat, Ruta Gedmintas, Joanne Froggatt, Anthony Head, Darren Evans & Etc. Penilaian: 10 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama James Bowen yang merupakan seorang pemuzik jalanan dan sedang cuba berusaha pulih daripada ketagihan dadah yang sedang dialaminya disebabkan masalah keluarga. Dia mendaftar diri dengan sebuah organisasi yang membantu penagih dadah seperti James. Pada suatu hari, James mendapati seekor kucing berwarna oren telah tersesat masuk ke dalam rumahnya. Atas rasa kasihan, James memberi kucing itu makan dan cuba mencari siapa sebenarnya pemilik kucing tersebut. Namun, tiada siapa yang mengaku itu kucing mereka dan tiada sesiapa juga yang mencari-cari jika mereka ada kehilangan kucing. James terpaksa melepaskan kucing tersebut ke jalanan semula kerana dia juga tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kucing. Pada

Review Filem Chef

Image
Filem: Chef Pengarah & Penulis: Jon Favreau Genre: Pengembaraan, Komedi & Drama Pelakon: Jon Favreau, Emjay Anthony, John Leguizamo, Bobby Canavale , Scarlett Johansson, Dustin Hoffman,Robert Downey Jr. & Etc. Penilaian: 9 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Carl Casper yang merupakan ketua chef sebuah Restoran Gauloise yang terletak di California. Pemilik restoran tersebut iaitu Riva ingin Carl mengikut arahannya iaitu memasak masakan klasik dan bukannya makanan-makanan zaman sekarang yang terlalu berinovatif. Kesibukan Carl juga menyebabkan hubungan dia dengan anak lelakinya iaitu Percy dan bekas isterinya iaitu Inez juga kurang mesra akibat kekangan masa. Pada suatu hari, Carl dimaklumkan oleh Riva bahawa restoran mereka akan dikunjungi oleh seorang pengkritik makanan yang cukup terkenal iaitu Ramsey Michel. Carl begitu bersemangat untuk menghidangkan makanan-makanan yang memiliki ciri-ciri moden tetapi Riva tidak bersetuju dan memaksa Carl untuk mengikut arahan

Review Filem Black Panther

Image
Filem: Black Panther Pengarah: Ryan Coogler Genre: Aksi, Drama & Sains Fiksyen Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett,  Forest Whitaker, Andy Serkis & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Selepas kematian bapanya, T'Challa kembali ke negara Afrika yang bernama Wakanda untuk mengambil tempatnya sebagai raja. Kemudian, muncul pula seorang musuh yang sangat berkuasa iaitu Erik Killmonger untuk mencabar dan ingin merampas gelaran T'Challa sebagai seorang raja baru yang digelar oleh rakyat Wakanda sebagai Black Panther. Konflik ini meletakkan nasib Wakanda serta seluruh dunia berisiko untuk dimusnahkan oleh musuh T'Challa ini. Jadi, berjayakah raja muda Wakanda ini menyatukan sekutu-sekutunya dan menggunakan kuasa penuh Black Panther untuk mengalahkan Erik Killmonger dan menjamin keselamatan rakyatnya serta masyarakat seluruh dunia? Ulasan Hans: Sudah 4 tahun