Posts

Showing posts from June, 2013

Review Filem World War Z

Image
Filem: World War Z Pengarah: Marc Forster Genre: Aksi, Drama & Seram Pelakon: Brad Pitt, Mireille Enos, Daniella Kertesz, James Badge Dale & Etc. Penilaian: 7 / 10 Sinopsis: Filem ini diangkat dari sebuah novel yang judulnya juga sama dengan nama filem ini iaitu World War Z karya Max Brook yang mengisahkan tentang sebuah wabak yang merebak ke seluruh dunia hingga menyebabkan populasi manusia berubah menjadi zombie dan membunuh serta memusnahkan manusia serta bandar-bandar di seluruh dunia. Penggunaan tentera juga tidak berjaya sehingga Presiden US juga turut terkorban. Jadi, Gerry Lane yang merupakan bekas perisik PBB dipanggil bertugas semula untuk mencari apakah punca dan dari manakah bermulanya wabak tersebut. Demi keluarganya, Gerry terpaksa kembali bertugas dan terpaksa berhadapan dengan serangan zombie yang cukup ganas untuk mencari penawar yang mampu menyelamatkan mereka. Ulasan Hans: Apa yang aku suka tentang filem ini ialah nilai kemanusiaan yang cuba dipaparkan. Manus

Review Filem KIL

Image
Filem: KIL Pengarah: Nik Amir Mustapha Genre: Drama, Romantik & Misteri Pelakon: Redza Minhat, Christina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik, Juliana Evans, Hasnul Rahmat, Anne James, Dira Abu Zahar, Ella & Etc. Penilaian: 8/10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Akil(KIL) yang mengalami tekanan dan cenderung untuk membunuh diri tetapi dia tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Pelbagai perkara yang dilakukannya untuk membunuh diri namun semuanya menemui kegagalan sehinggalah dia menemui sebuah agensi aneh yang membantu pelanggannya untuk membunuh diri.  KIL bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan syarikat terbabit dimana dia tidak akan tahu siapa pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh beliau dan dimana lokasi dia akan mati dibunuh. Bagi KIL ini adalah jalan terbaik untuk dia namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Zara. Gara - gara pertemuan tersebut maka tujuan asalnya untuk membunuh diri mula ber