Posts

Showing posts from March, 2013

Review Filem The Croods

Image
Filem: The Croods Pengarah: Kirk De Micco & Chris Sanders Genre: Animasi, Pengembaraan & Komedi Pelakon: Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Emma Stone, Catherine Keener, Cloris Leachman, Clark Duke, Chris Sanders, Randy Thom & Etc. Penilaian: 9 / 10 Sinopsis: Filem yang berlatar belakang zaman prasejarah ini mengisahkan Grug, seorang lelaki yang menjadi ketua kepada keluarganya dan mereka hidup di kawasan gunung berapi yang cukup bahaya. Kedudukan Grug sebagai ketua pemburu di dalam keluarganya tercabar dengan kehadiran seorang pemuda bernama Guy yang genius dan mampu mencipta api. Masalah menjadi lebih sukar apabila anak perempuan Grug iaitu Eep jatuh cinta dengan Guy. Disebabkan gempa bumi telah melanda dan mengakibatkan kawasan gua yang menjadi tempat tinggal keluarga Grug musnah maka mereka terpaksa mengikut Guy mencari kawasan penempatan baru. Grug semakin cemburu apabila kesemua ahli keluarganya mula menyukai dan mengagumi kehebatan Guy dan ini menyebabkan Grug mula melakuk

Review Filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali

Image
Filem: Rock Oo - Rimba Bara Kembali Pengarah: Mamat Khalid Genre: Komedi & Muzikal Pelakon: Que Haidar, Khir Rahman, Pekin, Saiful Apek, Azmi Black, Shoffi Jikan & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali merupakan kesinambungan filem Rock yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bersemangat teguh untuk kembali menempa nama di arena muzik tempatan selepas gagal diterima sebagai kumpulan muzik rock pada filem terdahulu. Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip pantang anak petani moden mengaku kalah berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan Rimba Bara dengan memujuk Jijo, Slash Haji Tapah dan Mi Black kembali dalam kumpulan rock mereka. Walaupun Amy sedar dia tidak mampu untuk menjadi vokalis kumpulan Rimba Bara namun disebabkan jiwanya memang dekat dengan muzik rock maka dia cuba melakukan yang terbaik. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi mereka sebelum akhirnya kumpulan Rimba Bara berjaya mene

Review Filem Jack The Giant Slayer

Image
Filem: Jack The Giant Slayer Pengarah: Bryan Singer Genre: Pengembaraan, Drama & Fantasi Pelakon: Nicholas Hoult, Eleanor Tomlinson, Ewan McGregor, Stanley Tucci, Eddie Marsan, Ewen Bremner, Ian McShane, Christopher Fairbank & Etc. Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang petani muda bernama Jack yang tidak sengaja telah menghubungkan dunia manusia dengan dunia gergasi melalui sebuah kacang ajaib yang terjatuh di atas tanah. Disebabkan hal tersebut, Puteri Isabelle telah terperangkap di dalam tempat gergasi dan Jack serta pengawal istana lain bertanggungjawab untuk menyelamatkannya kembali. Tetapi, Roderick yang bakal berkahwin dengan Puteri Isabelle telah belot dan berjaya mengawal serta menundukkan semua gergasi tersebut sebagai tenteranya untuk menyerang seluruh kerajaan manusia dengan bantuan mahkota lama. Gergasi-gergasi tersebut yang sudah lama berdendam dengan manusia mula turun ke darat dan menyerang kerajaan Puteri Isabelle. Mampukah manusia me