Posts

Showing posts from October, 2012

Review Filem Aku Terima Nikahnya

Image
Filem: Aku Terima Nikahnya Pengarah: Eyra Rahman Genre: Cinta Pelakon: Adi Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Alex Yanz, Dian P.Ramlee, Azizah Mahzan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zalif Sidek & Etc. Penilaian: 5.5 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan sebuah kisah cinta yang agak tragis tentang sepasang suami isteri yang cukup bahagia dimana mereka baru mendirikan rumah tangga iaitu Johan dan Arlisa. Dugaan terbesar yang mereka berdua hadapi ialah apabila Johan hilang ingatan akibat kemalangan dan disahkan mengalami Selective Amnesia dimana Johan hanya mengingati semua perkara tentang dirinya tetapi hanya sehingga di umur 31 tahun sahaja. Jadi, selepas umur 31 tahun Johan tidak mengingati apa-apa dan pada waktu itu sebenarnya adalah waktu perkenalan dia dan juga Arlisa. Akibatnya, Johan menjauhi Arlisa kerana berasa tidak selesa dengan isterinya itu. Arlisa pula terlalu berusaha keras untuk cuba mengingatkan Johan tentang siapa dirinya yang sebenar. Pertemuan antara Johan dengan kawan