Posts

Showing posts from July, 2012

Filem Juvana

Image
Filem: Juvana Pengarah: Faisal Ishak Lakon Layar: Alfie Palermo Genre: Drama Pelakon: Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Shafie Naswip, Adam Shah, Idzham Ismail, Khairul Mohamed, Shera Aiyob, Megat Farzeril, Sara Ali & Etc. Tarikh Tayangan: Disember 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan Daim yang telah dibebaskan dari sekolah juvana selepas didapati beliau tidak bersalah dalam kes kematian ibunya. Namun, dia menghadapi masalah di luar sana apabila pelajar lain mengetahui bahawa dia adalah bekas penghuni sekolah juvana. Lalu dia dibuli oleh beberapa orang pelajar disitu dan Daim cuma rapat dengan seorang gadis bernama Sara. Manakala Botak, Apek, Ayam dan lain - lain pula dihantar ke sebuah sekolah juvana yang lain selepas Sekolah Wirabakti ditutup. Di sekolah baru mereka menjadi sasaran Lan Todak yang merupakan ketua pelajar di sekolah tersebut. Akibat peristiwa tersebut, Apek telah berubah menggunakan cara kekerasan. Botak pula tela

Review Filem The Dark Knight Rises

Image
Filem: The Dark Knight Rises Pengarah: Christopher Nolan Genre: Aksi, Pengembaraan & Jenayah Pelakon:  Christian Bale, Michael Caine, Joseph Gordon-Levitt, Gary Oldman, Tom Hardy, Anne Hathaway, Marion Cotillard & Etc. Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan Bruce Wayne yang kembali hidup seperti orang biasa selama lapan tahun selepas dipersalahkan atas kematian D.A Harvey Dent. Akibatnya, bandar Gotham kembali dilanda dengan pelbagai aktiviti jenayah dan untuk mengatasi masalah ini maka Akta Dent diperkenalkan untuk menangkap mereka. Namun, segalahnya berubah dengan kemunculan Selina yang mempunyai agenda tersendiri. Lebih menakutkan apabila kemunculan seorang pengganas bertopeng iaitu Bane yang membuat satu rancangan untuk memusnahkan bandar Gotham dengan meletupkannya menggunakan bom atom serta untuk menghapuskan Bruce Wayne. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya. Ulasan Hans: Bagi aku ini a

Review Filem Ice Age 4 : Continental Drift

Image
Filem: Ice Age 4 : Continental Drift Pengarah: Steve Martino & Mike Thurmeier Genre: Animasi, Pengembaraan & Komedi Suara Watak:  Ray Romano : Manny Denis Leary : Diego John Leguizamo : Sid Keke Palmer : Peaches Queen Latifah : Ellie Peter Dinklage : Captain Gutt Jennifer Lopez : Shira Wanda Sykes : Granny Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini bermula dengan seekor tupai bernama Scrat yang terlalu obses dengan kacang/buah oak dan cuba menanamnya di atas sebuah puncak yang dilitupi ais namun perbuatannya itu telah menyebabkan bahagian daratan bumi berpecah menjadi beberapa buah benua yang berasingan. Seperti siri - siri sebelum ini, tiga sahabat baik iaitu Manny, Sid dan Diego masih lagi berkawan baik. Perkahwinan di antara Manny dan Ellie memberikan mereka cahaya mata yang comel bernama Peaches. Namun, Peaches tidak sehaluan dengan Manny kerana Manny terlalu mengawal gerak - geri Peaches dalam segala sudut. Sid pula menghadapi masalah apabila keluarganya meninggalkan nenek mer

Review Filem The Amazing Spider-Man

Image
Filem: The Amazing Spider-Man Pengarah: Marc Webb Genre: Aksi, Fantasi & Thriller Pelakon:  Andrew Garfield, Emma Stone, Rhys Ifans, Denis Leary, Martin Sheen,Sally Field & Etc. Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Peter Parker yang dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri selepas menyerahkan Peter Parker kepada ibu dan bapa saudaranya. Atas dasar ingin tahu, Parker yang telah menemui sebuah dokumen rahsia di dalam sebuah beg lama milik ayahnya telah menyiasat dan atas bantuan bapa saudaranya dia telah menemui sahabat baik bapanya iaitu saintis ternama, Dr Curt Connor. Penyiasatan Parker telah membawanya ke makmal ujikaji milik Dr Connor dan di situ dia digigit oleh seekor labah - labah yang merupakan haiwan uji kaji Dr Connor. Masalah mula timbul apabila Dr Connor menggunakan penyelesaian sains bantuan Parker untuk menyelesaikan teka - teki uji kajinya. Akhirnya Dr Connor