Posts

Showing posts from June, 2012

Review Filem Aku Ada, Kau Ada???

Image
Filem: Aku Ada, Kau Ada??? Pengarah: Rahila Ali Genre: Komedi, Romantik & Muzikal Pelakon: Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak & Etc. Penilaian: 2 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Tina dan Nordin yang merupakan musuh ketat sejak kanak - kanak lagi. Tina telah bertemu Nordin selepas dia berpindah ke tempat Nordin belajar. Nordin ialah pelajar tahun ke-2 yang sentiasa menjadi perhatian pelajar wanita lain namun dia menjadi seorang yang cepat gemuruh apabila berhadapan dengan Tina. Tina pula seorang yang agak panas baran dan amat tidak menyukai Nordin kerana peristiwa lampau. Walaupun mereka berdua sering bergaduh namun akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta tanpa dirancang. Manakala Aziz yang tidak sukakan Nordin juga mencintai Tina dan dalam diam cuba menggagalkan perhubungan mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya. Ulasan Hans: Tidak mahu mengulas panjang (dah tertaip panjang aku rasa)

Filem Prometheus

Image
Filem: Prometheus Pengarah: Ridley Scott Genre: Aksi, Sains Fiksyen & Seram Pelakon: Noomi Rapace, Michael Fassbender, Idris Elba, Charlize Theron, Logan Marshall-Green, Guy Pearce  & Etc. Tarikh Tayangan: 7 Jun 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan penyelidik yang menjumpai sebuah klu mengenai asal usul kehidupan manusia di planet Bumi. Penemuan itu mendorong mereka melalui perjalanan penuh kegelapan di suatu sudut galaksi. Di sana mereka perlu bertarung untuk menyelamatkan manusia pada masa akan datang. Trailer: P/S : Kemungkinan Besar Akan Menonton Filem Ini Pada Hari Khamis Nanti! (^_^)Y

Filem Jalan Kembali

Image
Filem: Jalan Kembali Pengarah: Syamsul Yusof Genre: Drama & Jenayah Pelakon: Salina Saibi, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Hetty Sarlene, Harun Salim Bachik, Mak Jah, Ifa Raziah & Etc. Tarikh Tayangan: 7 Jun 2012 Sinopsis: Filem sekuel kepada filem sebelum ini iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengisahkan tentang Amy iaitu seorang bekas bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan. Tasya yang merupakan bekas rakan karib Amy pula semakin hanyut dengan dunia hitam tersebut dan segala gerak - gerinya dikawal ketat oleh teman lelakinya. Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang penuh sia - sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa cuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motosikal yang diadakan. Mampukah Muz dan Amy mengatasi segala cabaran yang mendatang sewaktu penghijrahan hidup mereka ini? Bagaimanakah kesudahan hidup Tasya?

Review Filem Snow White and The Huntsman

Image
Filem: Snow White and The Huntsman Pengarah: Rupert Sanders Genre: Aksi & Pengembaraan Pelakon: Kristen Stewart, Charlize Theron, Chris Hemsworth, Sam Claflin, Sam Spruell, Ian McShane, Bob Hoskins, Ray Winstone & Etc. Penilaian: 7 / 10 Sinopsis: Filem berdasarkan lagenda Snow White ini mengisahkan Snow White yang dikurung di sebuah bilik di atas menara istana oleh ibu tirinya iaitu Ravenna yang merupakan seorang permaisuri yang sangat kejam selepas ayahnya iaitu Raja Magnus dibunuh oleh Ravenna pada malam pertama perkahwinan mereka. Raveena telah merampas takhta kerajaan Raja Magnus menggunakan sihirnya yang telah diamalkan secara tidak sengaja pada zaman kanak-kanaknya dan untuk sentiasa kekal jelita maka dia perlu mendapatkan seberapa banyak wanita muda untuk mencapai impiannya itu. Pada suatu hari Ravenna mendapati bahawa Snow White ialah ancaman kepada kecantikannya selepas bertanya kepada cermin saktinya. Snow White berjaya melarikan diri gara - gara kecuaian adik Raven