Posts

Showing posts from February, 2012

Oscar 2012 Winner : The Full List

Image
Best Picture The Artist (Thomas Langmann, Producer) Actor in a Leading Role Jean Dujardin (The Artist) Actor in a Supporting Role Christopher Plummer (Beginners) Actress in a Leading Role Meryl Streep (The Iron Lady) Actress in a Supporting Role Octavia Spencer (The Help) Animated Feature Film Rango (Gore Verbinski) Art Direction Hugo (Production Design: Dante Ferretti / Set Decoration: Francesca Lo Schiavo) Cinematography Hugo (Robert Richardson) Costume Design The Artist (Mark Bridges) Directing Michel Hazanavicius (The Artist) Documentary (Feature) Undefeated (TJ Martin, Dan Lindsay and Richard Middlemas) Documentary (Short Subject) Saving Face (Daniel Junge and Sharmeen Obaid-Chinoy) Film Editing The Girl with the Dragon Tattoo (Kirk Baxter and Angus Wall) Foreign Language Film A Separation (Iran) Makeup The Iron Lady (Mark Coulier and J. Roy Helland) Music (Original Score) The Artist (Ludovic Bource) Music (Original Song) "Man or Muppet" from "The

Review Filem Adnan Sempit 2

Image
Filem: Adnan Sempit 2 Pengarah: Ismail Bob Hashim Genre: Aksi & Komedi Pelakon:  Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Angah Raja Lawak, Syuk Balas, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Aznah Hamid & Etc. Penilaian: 6 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan mengenai Adnan yang telah berjaya memikat hati Nadia namun perlu berusaha untuk memikat hati bapa Nadia pula iaitu Datuk Insin kerana hubungan mereka masih lagi belum mendapat restu daripada keluarga Nadia. Adnan perlu menerima cabaran yang diberikan oleh ibu bapa Nadia seperti perlu pandai bermain golf, belajar bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ibu bapa Nadia untuk beliau. Adakah Adnan akan berjaya menambat hati ibu bapa Nadia dan seterusnya mendapat restu mereka untuk memiliki Nadia? Saksikan filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahan kisah cinta mereka. Trailer: Ulasan Hans: Usai menonton filem Adnan Sempit 2 sebentar tadi maka apa yang boleh a

Review Filem Man On A Ledge

Image
Filem: Man On A Ledge Pengarah: Asger Leth Genre: Aksi, Jenayah & Thriller Pelakon: Sam Worthington, Elizabeth Banks, Jamie Bell, Genesis Rodriquez, Anthony Mackie, Titus Welliver, Ed Harris, Edward Burns,  & Etc. Klasifikasi: 18 Tahun Ke Atas Penilaian: 8 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang bekas polis bernama Nick Cassidy yang mengugut untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 bangunan Hotel Manhattan. Gelagatnya di luar tingkap aras hotel berkenaan disedari oleh seorang wanita tua dari bawah dan jeritan wanita itu menyebabkan kawasan terbabit dikosongkan daripada sebarang gerakan lalu lintas dan pihak polis telah menutup kawasan tersebut buat seketika. Pihak polis cuba menenangkan Nick namun dia hanya mahu pihak polis membawakan seorang ahli psikologi polis bernama Lydia Mercer sahaja yang diminta untuk bercakap dengan Nick agar dia tidak membunuh diri. Lydia Mercer yang masih kepenatan terpaksa datang membantu dan mencuba dengan kaedah psikologinya agar Ni

Review Filem Children Of Heaven

Image
Filem: Children Of Heaven Pengarah: Majid Majidi Genre: Drama & Keluarga Pelakon: Mohammad Amir Naji, Amir Farrokh Hashemian, Bahare Seddiqi, Nafise Jafar, Fereshte Sarabandi. Kamal Mirkarimi & Etc. Tahun: 1997 Penilaian: 9 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak - kanak lelaki bernama Ali yang diminta oleh adik perempuannya bernama Zohra untuk menghantar kasutnya ke kedai kasut di pekan untuk dibaiki sewaktu Ali ke sana memberi barang dapur. Seorang pengutip sampah dan barang kitar semula melalui kawasan itu dan telah mengambil plastik yang berisi kasut Zohra yang disangkanya sampah sewaktu Ali sedang leka memilih kentang di dalam sebuah kedai. Takut jika perkara ini diketahui oleh ayah mereka yang garang dan mempunyai masalah mencari wang untuk menyara mereka sekeluarga terutama dengan kelahiran adik mereka dan kesihatan ibunya yang kurang baik maka Ali memberi cadangan kepada Zohra agar mereka berkongsi memakai kasut Ali dimana Zohra akan memakai kasut te

Review Filem Ronal the Barbarian

Image
Filem: Ronal the Barbarian Pengarah: Kresten Vestbjerg Andersen, Thobjorn Christoffersen & Philip Einstein Lipski Genre: Animasi, Pengembaraan & Fantasi Pelakon(Suara): Anders Juul, Hadi Ka-Koush, Laerke Winter Andersen, Brian Lykke, Lars Mikkelsen, Peter Aude, Lars Bom & Etc. Klasifikasi: 18 Tahun Ke Atas Penilaian: 7 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ronal yang hidup bersama puaknya iaitu Barbarian. Puak Barbarian dikenali sebagai puak yang memiliki ramai pendekar hebat kerana sejarah terdahulu di dalam menewaskan lagenda kejahatan. Namun kedatangan Prince Volcazar yang menghidupkan semula dewa kejahatan telah menyebabkan kediaman puak Barbarian diserang dan kesemua mereka ditangkap kecuali Ronal. Ronal telah berjanji akan menyelamatkan kembali puaknya dan menghapuskan Volcazar namun dia perlu mencari pedang sakti terlebih dahulu kerana cuma senjata itu sahaja yang mampu membunuh Volcazar. Di dalam perjalanan tersebut Ronal telah bertemu

Filem Fist Of Dragon

Image
Filem: Fist Of Dragon Pengarah: Michael Chuah Genre: Aksi & Komedi Pelakon: Henry Thia, Fiona Xie, Michael Chuah, Wang Xiao Chen, Monday Kang, Kelvin Lau, Jey Tong, Steve Yap & Etc. Klasifikasi: 18 Tarikh Tayangan: 23 Februari 2012 Sinopsis: Filem ini mengisahkan sebuah bandar kecil yang dikuasai oleh kongsi gelap dan samseng dimana seorang peniaga kedai kopi bernama Pak Cik Chen yang sering diganggu oleh kumpulan kongsi gelap tempatan. Pak Cik Chen yang sudah banyak dikelilingi hutang meminta bantuan abangnya yang berada di kampung. Abangnya pula menghantar anaknya yang bernama Jie untuk membantu Pak Cik Chen tetapi kemunculan Jie sebaliknya menambah beban pada Pak Cik Chen apabila Jie cuba menentang samseng-samseng sekitar dan menimbulkan pelbagai masalah pada diri Pakcik Chen dan penduduk kampung. Tambahan pula , anak perempuan Pak Cik Chen iaitu Lily menyebelahi kumpulan kongsi gelap dan berpihak kepada mereka menjadikan hubungan

Review Filem Azura

Image
Filem: Azura Pengarah: Aziz M. Osman Genre: Drama & Cinta Pelakon: Neelofa, Shahz Jazle, Afdlin Shauki, Erma Fatimah, Nini Marlini, Geofrey Perrin Williams, Afida Es & Etc. Penilaian: 5 / 10 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Azura yang gigih menghadapi cabaran dalam hidup demi untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya iaitu Yusni setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min di Mekah pada tahun 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu dia juga turut mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura telah bertemu dengan anak Tan Sri Putih iaitu Zek di tempat bermain paintball dan telah menampar Zek atas keceluparan mulutnya. Isu itu menjadi buah mulut seluruh pelajar universiti berkenaan memandangan bapa Zek merupakan salah seorang penyumbang dana utama universiti berkenaan. Akhirnya Zek jatuh cinta dengan Azura dan mereka berhasrat untuk b