Posts

Showing posts from September, 2011

Demi Filem Malaysia

Image
Pertama sekali aku tak pasti kenapa tetapi aku ketawa terkekeh - kekeh (teruk betul aku ketawa) apabila membaca satu artikel di surat khabar (aku lupa apa nama surat khabar tersebut) tetapi aku jumpai teks yang sama di SINI . Antara petikannya berbunyi begini :- Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A.Razak Mohaideen bertekad untuk melanjutkan pengajian ke program peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) semata-mata untuk memajukan industri perfileman negara. Kedua-dua pengarah filem ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mengkaji kelemahan-kelemahan filem tempatan daripada sudut pandangan sebagai seorang ahli akademik. "Kita melihat industri filem pada hari ini tidak boleh berkembang ke peringkat yang lebih tinggi sedangkan terlalu banyak lambakan filem-filem tempatan yang keluar setiap tahun tapi hanya tertumpu dalam negara sahaja. "Kajian yang saya akan lakukan nanti tertumpu tentang kegagalan ind

Review Filem Libas

Image
Filem: Libas Pengarah: Jurey Latiff Rosli Genre: Aksi Komedi Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Mohd Fadzly, Mohd Razib, Z.Zamrie, Taiyuddin Bakar, Adam Corrie, Yank Kassim, Sabri Yunus, Sathiya, Johan Abdullah & Etc. Penilaian: 3.8 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Adnan Saladin iaitu seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw. Dia digelar sebagai raja libas Malaysia dan kehebatan libasan beliau sangat digeruni oleh pasukan lawan terutamanya dari pasukan Thailand. Adnan teringat kisah lampau dimana kecederaan Dali selaku tekong Malaysia yang parah akibat Adnan gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon yang menyebabkan bola itu terkena dadanya. Kesannya, Malaysia telah tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna. Raja Libas resah a

Review Filem Johnny English Reborn

Image
Filem: Johnny English Reborn Pengarah: Oliver Parker Genre: Komedi Pelakon: Rowan Atkinson, Rosamund Pike, Dominic West, Gillian Anderson, Daniel Kaluuya, Richard Schiff & Etc. Penilaian: 5 / 5 Sinopsis: Johnny English kembali menjadi ejen   rahsia MI-7 selepas sekian lama berada di Tibet kerana malu akibat kegagalannya dalam misi menyelamatkan presiden Zimbabwe sebelum ini gara - gara kecuaiannya sendiri. Untuk misi terbarunya ini, English mesti mencari, mengenal pasti dan menghentikan niat sekumpulan pembunuh antarabangsa yang masih belum diketahui siapa dalangnya dimana mereka merancang untuk menghapuskan seorang pemimpin dunia dari negara China kerana jika pemimpin tersebut mati dibunuh maka ia akan menyebabkan dunia global huru-hara . Jadi, English dibantu oleh seorang ejen iaitu Tucker dalam menyelesaikan misinya untuk mencari siapakah musuh tersebut. Rupa - rupanya musuh yang diberi gelaran sebagai Vortex merupakan dalang yang sama di dalam insiden yang mengorban

Review Filem Karipap - Karipap Cinta

Image
Filem: Karipap - Karipap Cinta Pengarah: Othman Hafsham Genre: Komedi Romantik Pelakon: Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Shawal AF, Eman Manan, Elyas Iskandar, P.Jagen, Shamira Azmil, Afizudin Fazil, Rosnah Johari, Patrick Teoh, Chef Wan. Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah jatuh hati pada Sarah iaitu rakan sekerja teman serumahnya. Cuba untuk memikat Sarah, niat Ali sedikit terbantut apabila rakan serumahnya memberitahu Sarah merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Al-Azhar dan keluarganya juga bercadang untuk menjodohkan Sarah dengan seora ng ustaz yang merupakan anak kenalan keluarganya dan mereka berdua saling kenal mengenali sejak kecil lagi. Ali kemudiannya terpaksa menipu Sarah dan keluarganya dengan mengaku dirinya juga bekas graduan Al-Azhar gara - gara mahu menarik perhatian ayah Sarah demi cintanya pada Sarah. Ali juga sanggup berkorban dengan memecah masuk rumah dan pejabat bosnya sendiri d

Review Filem Hantu Bonceng

Image
Filem: Hantu Bonceng Pengarah: Ahmad Idham Genre: Komedi Seram Pelakon: Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar, Jue Aziz & Etc. Penilaian: 3 / 5 Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Amran iaitu seorang budak delivery yang sering terlibat dalam perlumbaan haram. Suatu hari, Amran memenangi satu perlumbaan dan beliau diberikan seorang gadis yang cantik sebagai hadiahnya. Namun Amran terlibat dengan sebuah kemalangan bersama gadis itu gara - gara dilanggar dengan sebuah lori. Kejadian itu menyebabkan gadis itu mati di tempat kejadian manakala Amran telah dibawa ke hospital. Disebabkan insiden itu kehidupan Amran terus berubah secara drastik kerana gadis yang mati itu telah menjelma sebagai hantu dan menggangu hidupnya setiap malam. Amran percaya dia diganggu kerana mayat gadis itu masih belum dituntut oleh sesiapa. Disebabkan sudah tidak tahan lagi diganggu maka Amran meminta bantuan rakannya iaitu Kunyit untuk membantu beliau menyelesaikan masalah ini. Rupa - r