Posts

Showing posts from February, 2011

Review Drama Kashaf Imani

Image
Drama: Kashaf Imani Karya: Azma Aizal Yusoof Pelakon: Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar. Sinopsis: Mengisahkan tentang Kashaf yang hidup bersama ibu dan adik perempuannya dalam suasana yang kurang sihat dimana beliau sering bertengkar dengan ibunya kerana ibunya suka menyebelahi adik perempuannya. Pada waktu yang sama juga Kashaf bercampur dengan budak - budak liar yang tanpa beliau sedari telah membawa beliau ke satu dunia yang gelap. Imani pula adalah seorang gadis yang mempunyai suatu keistimewaan yang amat luar biasa iaitu mampu melihat roh orang yang telah mati. Dalam diam beliau mencintai Kashaf dan menyimpan apa sahaja barang yang ditinggalkan Kashaf. Suatu hari Kasyaf telah ditimpa satu kecelakaan selepas bertengkar dengan ibunya dan apabila sedar beliau mendapati bahawa beliau kini adalah roh yang sedang berkeliaran. Kini beliau perlu meminta maaf atas segala dosa yang

Review Filem : No One Killed Jessica

Image
Filem: No One Killed Jessica Pengarah: Rajkumar Gupta Senarai Pelakon: Myra Karn, Vidya Balan, Rani Mukherji, Mohammed Zeeshan Ayyub & et Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Sabrina yang cuba mencari keadilan untuk adiknya iaitu Jessica yang mati ditembak oleh seorang lelaki yang merupakan anak kepada seorang ahli menteri di dalam kerajaan India. Sewaktu kejadian terdapat 7 orang yang melihat Jessica ditembak mati oleh anak menteri tersebut dan melalui soal siasat pihak polis terhadap anak menteri itu menunjukkan anak menteri itu mengaku menembak Jessica. Tetapi, oleh kerana faktor wang atau lebih tepat lagi rasuah maka boleh dikatakan hampir kesemua saksi telah menukar kenyataan mereka kepada tidak tahu atau pun berlakon mengatakan mereka tiada di tempat kejadian kerana telah diugut oleh menteri tadi sama ada mereka memilih wang atau mati. Sabrina merasa perjuangannya sia - sia kerana selepas 6 tahun berpenat lelah turun naik mahkamah akhirnya

Review Filem : Sini Ada Hantu Sangat Kelakar

Image
Filem: Sini Ada Hantu Pengarah: James Lee Genre: Komedi, Seram & Misteri Klasifikasi: PG13 Pelakon: Alvin Wong, Baki Zainal, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Fasha Sandha, Pete Teo, Patrick Teoh, Eira Syazira, Kuswadinata & Ramai Lagi Sinopsis: Filem ini mengisahkan dua orang pemandu van iaitu Ah Meng dan Bakri yang ditugaskan pada saat akhir untuk menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dan mereka perlu memastikan mereka tiba di kampung tersebut pada keesokan harinya. Mulanya mereka menolak tetapi disebabkan upah yang lumayan membuatkan mereka bersetuju dengan tawaran tersebut. Oleh kerana radio van mereka rosak maka mereka berdua pun bercerita tentang kisah seram bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk. Dimulai dengan Bakri yang bercerita tentang kisah Hantu Pokok Pisang dan diketawakan Ah Meng kerana bagi beliau hantu melayu langsung tidak logik. Lalu Ah Meng bercerita pula tentang kehebatan hantu Cina melalui kisah Hantu Nombor Ekor. Selep