Posts

Showing posts from December, 2010

Review Filem : Cuti - Cuti Cinta

Image
Filem: Cuti - Cuti Cinta Pengarah: Ahmad Idham Genre: Cinta & Pengembaraan Pelakon: Farid Kamil, Nora Danish, Cat Farish, Zaibo, Zed Zaidi, Azizah Mahzan, Kazaar dan Kumpulan Fabolous Cat Sinopsis: Eava Ealiana merupakan anak kepada Tan Sri Zaini dan sebagai anak tunggal sememangnya beliau dilimpahi dengan kasih sayang dan kemewahan daripada keluarganya. Gara - gara itu, beliau menjadi seorang yang sangat sombong, suka membangga diri dan amat cerewet dari sebesar - besar perkara hinggalah kepada perkara - perkara kecil yang remeh temeh. Beliau di tunangkan dengan Remy namun apabila mengetahui mengetahui Remy curang dengannya maka beliau pergi membawa diri ke sebuah hotel di Morib. Disana Eava berjumpa dengan Omar Rudy selepas berlaku satu kekecohan antara beliau dan rakan - rakan pekerja Omar Rudy kerana siap beliau yang cerewet tidak bertempat itu. Namun, yang menjadi pertikaian rakan - rakan Omar Rudy ialah apabila segala kehendak Eava akan dituruti sahaja oleh Omar

Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

Image
Baru selesai menonton drama yang baru ditabalkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 baru - baru ini iaitu drama Antara Garisan lakonan hebat Noorkhiriah, Sharifah Amani, Isma Yusoof dan Ismail Abd Aziz. Selain daripada itu, drama ini juga telah memenangi anugerah Pelakon Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik serta Lakon Layar Drama Terbaik . Tahniah di ucapkan kepada semua krew produksi dan pelakon - pelakonnya, Alhamdulillah aku berkesempatan menonton drama ini selepas mendowload drama ini DISINI sebab rumah aku tiada Astro jadi sangat bersyukur akhirnya dapat juga menonton drama yang sememangnya terbaik ini. Jadi, aku mengharapkan marilah ramai - ramai menonton drama ini kerana hakikatnya manusia sekarang tambah - tambah apa yang aku lihat termasuklah diri aku sendiri tidak lari daripada suka menjatuhkan hukum terhadap orang lain . Alhamdulillah, filem ini mengajar dan memberi banyak mesej yang sangat bagus. Sesungguhnya memang benar apa yang dikata dan aku s

Review Filem : Aku Tak Bodoh

Image
Filem: Aku Tak Bodoh Pengarah: Boris Boo Genre: Komedi & Keluarga Pelakon: Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari, Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka. Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan b

Yasmin Ahmad Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-54

Image
Allahyarham Yasmin Ahmad diiktiraf sebagai pengarah terbaik untuk filem Mualaf yang juga filem terakhir beliau pada Festival Filem Asia Pacific yang ke-54 yang berlangsung di Taipei semalam dan ini merupakan anugerah pertama yang dimenangi oleh delegasi Malaysia untuk anugerah pengarah terbaik sepanjang penyertaan Malaysia di dalam festival filem ini. Filem Malaysia lain yang turut menyertai festival ini selain Mualaf ialah filem Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang . Malaysia sebelum ini pernah memenagi beberapa kategori besar melalui Tan Sri P.Ramlee untuk pelakon lelaki terbaik melalui filem Anakku Sazali(1957) serta Maya Karin(2004) serta Datin Seri Tiara Jacquelina(2005) untuk anugerah pelakon wanita terbaik. Sumber Daripada BERNAMA Aku memang berkeinginan untuk tengok filem nih tapi masih belum berkesempatan. Kawan aku dah ada filem nih dalam laptop dia tapi aku tak sempat nak ambil salinan. Jadi, aku tak tahu macam mana kisah filem nih tap

Review Filem : Ngangkung

Image
Filem: Ngangkung Pengarah: Ismail Bob Hasim Genre: Komedi Seram Pelakon: Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Eira Syazira, Putri Mardiana, Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad. Sinopsis: Filem ingin mengisahkan tentang Azim yang bekerja sebagai seorang pemandu lori yang hidupnya agak susah disamping sentiasa menerima desakan daripada isterinya, Suri yang mahukan kehidupan yang lebih baik. Azim mempunyai 2 orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan dimana kedua - dua mereka merupakan kaki ekor dan sentiasa mengamalkan perbuatan syirik dengan berjumpa bomoh dan memuja semata - mata untuk mendapatkan nombor ekor untuk menang. Oleh kerana tidak tahan di desak oleh isterinya akhirnya Azim mengambil keputusan untuk mengikut Tasnim dan Wan pergi berjumpa pendeta bagi meminta nombor ekor. Bermula dari itu, ketiga - tiga mereka mengalami pelbagai kejadian aneh yang menganggu kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, pelbagai bala datang menimpa Tasnim dan Wan. Wan diburu Ah Long gara -