Review Filem : 2012
Sinopsis: Filem hebat arahan Roland Emmerich ini mengisahkan tentang ramalan masyarakat Mayan sejak berabad yang lalu yang menetapkan pada tarikh 21 Disember 2012 akan berlaku sesuatu terhadap bumi. Ia bakal memusnahkan lebih separuh daripada rakyat bumi dan bencana yang paling teruk dalam sejarah akan terjadi di luar pemikiran manusia. Detik itu semakin hampir dan saintis dari NASA juga telah meramalkan bahawa akan berlaku perubahan polar yang bakal membawa bencana besar. Namun, penduduk dunia masih tidak menyedari apa yang akan terjadi dan masih menjalani kehidupan seperti biasa. Kerajaan yang telah sedia maklum berusaha untuk mengatasi masalah tanpa pengetahuan rakyat. Pada 2012, pemimpin dunia telah berbincang mengenai hal ini dan cuba menyelamatkan sebanyak manusia yang boleh daripada menjadi korban bencana itu. Namun, tidak semua dapat diselamatkan. Apabila Jackson Curtis(John Cusack) dan dua orang anaknya mengadakan lawatan keluarga ke Yellowstone, mereke tersere...