Posts

Showing posts from October, 2009

Review Filem : Papadom

Image
Filem: Papadom Pengarah: Afdlin Shauki Genre: Komedi, Drama & Keluarga Pelakon: Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Farid Kamil, Que Haidar, Chelsia Ng, Scha Al-Yahya, Vanidah Imran & Etc. Ulasan Hans: Filem ini mengisahkan mengenai Saadom yang mempunyai seorang anak perempuan, Mia dan kematian seorang isteri (Khiriah). Beliau bermula dari bawah dalam perniagaan Nasi Kandar Saadom bersama isterinya hinggalah akhirnya restoran beliau dikenali ramai dan berpuluh - puluh cawangan dibuka sehingga menyebabkan beliau terlalu sibuk dan seolah - olah tidak mempedulikan anak perempuanya. Kematian isterinya akibat kemalangan juga menyebabkan beliau berasa bersalah dan sejak dari itu beliau sangat - sangat mengambil berat tentang anak perempuan Mia lakonan Liyana Jasmay. Walaupun anaknya sudah meningkat remaja tetapi beliau masih melayan Mia seakan - akan Mia masih lagi kanak - kanak. Disini pelbagai konflik serta adegan lucu sentiasa berselang - seli hingga membuatkan