Posts

Showing posts from September, 2009

Review Filem : Final Destination 4

Image
Filem: Final Destination 4 Pengarah: David R.Ellis Genre: Seram & Thriller Pelakon: Nick Zano, Krista Allen, Andrew Fiscella & Etc. Ulasan Hans: Kepada peminat tegar film Final Destination pasti sudah mengetahui jalan ceritanya yang menjurus kepada seseorang yang mendapat bayangan masa depan mengenai ajalnya sendiri dan cuba mengelakkan kematian itu tetapi akhirnya satu demi satu akan mati seorang demi seorang melainkan jika mereka dapat menghentikan rantaian kematian itu. Kisah ini bermula di sebuah litar perlumbaan kereta lumba dimana seorang lelaki mendapat bayangan kematian jika beliau masih berada dan menonton perlumbaan itu disitu. Jadi, akhirnya beliau dapat keluar dari tempat itu bersama rakan – rakan sebelum mereka menjadi mangsa kematian seorang demi seorang. Tetapi, selepas itu mereka diuji mengikut urutan kematian masing - masing apabila kematian tidak jemu – jemu datang kepada mereka. Film ini sesuai kepada mereka yang berani untuk melihat cerita –

Review Filem : Orphan

Image
Filem: Orphan Pengarah: Jaume Collet-Serra Genre: Seram, Misteri & Thriller Pelakon: Vera Farmiga, Peter Sarsgaard, Isabelle Fuhrman & Etc. Ulasan Hans: Filem ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang keguguran bayi yang diberi nama Jessica. Jadi, beliau dan John (suami beliau) bercadang mengambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga walaupun mereka sudah mempunyai 2 anak iaitu Daniel dan Max (kanak – kanak perempuan yang bisu tetapi sangat comel). Jadi, mereka berkunjung ke sebuah rumah kebajikan dan tertarik dengan karakter Esther yang berumur ‘9 tahun’ yang dilihat sangat baik dan bersopan santun. Esther pun diambil sebagai anak angkat dan disinilah segala – galanya bermula kerana Esther mula menunjukkan dirinya yang sebenar secara perlahan – lahan dan sedikit demi sedikit rahsianya mula terbongkar kerana umur sebenar beliau bukanlah 9 tahun dan beliau adalah seorang wanita yang sangat kejam. Film ini membuatkan diri penulis sangat penat dengan aksi – a