Posts

Showing posts from August, 2009

Review Filem G.I.Joe: The Rise Of Cobra

Image
Filem: G.I.Joe: The Rise Of Cobra Pengarah: Stephen Sommers Genre: Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen Pelakon: Dennis Quaid, Channing Tatum, Marlon Wayans & Etc. Ulasan Hans: Aku sebenarnya tak tahu apa - apa langsung pasal filem ini. Asalnya dari komik ker atau kartun atau apa - apapun..Filem ini memang banyak dibantu oleh teknologi - teknologi komputer untuk menghidupkan hampir 90% jalan cerita dalam setiap babak filem ini. Kadang - kadang aku menjadi sedikit penat kerana terlalu banyak aksi yang disogokkan dalam filem ini tetapi nasib watak seorang pelakon berkulit hitam agak melucukan dan secara tidak langsung aku dapat membuat aku boleh bernafas seketika. Apa - apapun rasa - rasanya memang tidak rugi kepada sesiapa yang meminati filem aksi fiksyen sains seperti filem ini dan aku sudah semestinya tidak sabar mahu menonton sekuel kedua filem ini.

Review Filem : The Proposal

Image
Filem: The Proposal Pengarah: Anne Fletcher Genre: Romantik Komedi Pelakon: Sandra Bullock, Ryan, Reynolds, Mary Steenburgen & Etc. Ulasan Hans: Filem lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds nih sangat - sangat menghiburkan aku sehingga aku terlupa seketika tentang ruang tempat duduk yang agak sempit di TGV serta gangguan dari penonton di hadapan aku yang menganggap kaki aku adalah bantal untuk tempat beliau bersandar. Lakonan mantap mereka memang menjadi dan setiap adegan digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Tahniah! Filem ini mengisahkan mengenai Margaret , seorang wanita rakyat Kanada yang bakal diusir dari Amerika dan kehilangan pekerjaan kerana menghadapi masalah berkenaan visa. Untuk menyelamatkan keadaan, beliau harus berkahwin dengan setiausaha beliau(lakonan Ryan) untuk membolehkan beliau mendapat taraf warganegara Amerika. Disini berlakunya pelbagai konflik yang amat melucukan dengan lakonan mereka yang bersahaja ditambah dengan watak nenek Ryan yang sangat

Review Filem : Setem

Image
Filem: Setem Pengarah: Khabir Bhatia Genre: Komedi & Aksi Pelakon: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que Haidar, Vanidah Imran, Sathiya, Bront Palarae, Indi Nadarajah, Datuk Aziz Sattar & Etc. Ulasan Hans: Aku menjadi antara penonton terawal filem terbaru arahan pengarah kesukaan aku, Khabir Batia iaitu SETEM . Kalau selalu kita melihat Khabir Batia lebih terarah untuk membuat filem berunsurkan cinta dan berat tetapi kini beliau tampil dengan elemen lebih segar dan menyakinkan dengan filem terbaru beliau ini. Tengok poster bawah tu!! Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat (Rashidi & Aflin) yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai US4 juta oleh Tuan Rumah Harapan (Aziz Sattar) untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Diwaktu yang sama, ramai lagi yang mahukan setem terbabit iaitu kumpulan Piranha, kumpulan Tosai serta manusia - manusia lain yang terlibat secara tidak langsung. Macam biasa, a