Review Filem : Marley & Me
Filem: Marley & Me Pengarah: David Frankel Genre: Komedi, Drama & Keluarga Pelakon: Owen Wilson, Jennifer Aniston, Eric Dane & Etc. Ulasan Hans: Film nih mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bekerja sebagai journalist atau wartawan yang memang sibuk sepanjang masa.Pada permulaan ceritanya, mereka masih belum terfikir untuk mempunyai anak. Pada suatu hari nih, si suami nih tiba - tiba terfikir nak mempunyai zuriat. Maka, untuk permulaannya mereka membeli seekor anjing yang diberi nama sebagai Marley sebagai eksperimen mereka sama ada mereka sudah bersedia untuk mempunyai anak atau belum. Dan si anjing bernama Marley nih memang menyebabkan mereka menjadi gila sekejap dan kadang - kadang memberi tekanan yang melampau pada diorang. Habis perabot rumah dengan dinding digigit beliau. Kalau ada anjing jenis nih dekat Malaysia, aku rasa dah lama kena tembak kut. Hahaha!!! Plot cerita nih pada mulanya agak perlahan. Kemudian scene yang menunjukkan pasal kehidup...